Anwar
Anwar

Isu buli, budaya samseng tidak boleh dikompromi - PM

01 Nov 2024 12:57pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), untuk tidak berkompromi dengan budaya samseng, buli dan gangsterisme di institusi pendidikan masing-masing.

Menegaskan perkara itu, Anwar berkata, isu berkenaan perlu dilihat dengan lebih serius kerana tiada maknanya keterampilan dan kepimpinan tanpa nilai, adab dan akhlak yang murni.

"Budaya samseng, buli, gangsterisme yang berlaku dalam sistem pendidikan sama ada di sekolah Cina, sekolah Tamil, maahad tahfiz, sekolah agama...ini satu kegilaan kerana kita bicara soal ilmu, tapi tiada akhlak dan nilai.

"Ini cabaran kita dalam program pendidikan, nilai dan akhlak perlu ditekankan, kelemahan kita kerana kita mengambil sikap mengalah, toleran terhadap buli, ini tidak akan berlaku jika budaya menolaknya,” katanya berucap pada program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur pada Jumaat.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp