Sekolah di mana-mana pun tidak mengapa, cuma janganlah suka banding-membanding perihal sekolah.
Sekolah di mana-mana pun tidak mengapa, cuma janganlah suka banding-membanding perihal sekolah.

'Janganlah sibuk membandingkan perihal sekolah, tolonglah!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
01 Mar 2024 04:11pm

Laman sosial hari ini dipenuhi dengan berita baik anak-anak pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Sekolah Khusus iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Masing-masing (terutamanya ibu bapa) gembira, sebak dan bangga dengan kejayaan anak-anak mereka yang direzekikan ALLAH untuk menyambung ke sekolah impian.

Bagi penulis, tidak salah untuk berkongsi kisah indah anak masing-masing.

Sekurang-kurangnya, ia boleh dijadikan pembakar semangat dan rujukan para ibu bapa yang mungkin berhasrat menghantar anak mereka ke Sekolah Khusus pada tahun akan datang.

Berbicara tentang tawaran ke Sekolah Khusus, Sinar Bestari tertarik dengan perkongsian Syahr Musafir di akaun Facebook, pada Jumaat.

Tulisnya, sekolah di mana-mana pun tidak mengapa, cuma janganlah suka banding-membanding perihal sekolah.

Selanjutnya, kami sertakan di sini luahan ikhlas Syahr Musafir untuk pembaca hayati. Semoga bermanfaat.

*****

Artikel Berkaitan:

Hari tu terpacul soalan, ‘Anak dapat MRSM mana?'

Saya meraikan soalan, terus beri jawapan, 'MRSM Isaac Newton (bukan nama sebenar)," tersenyum saya ni sebab nak mesra.

"OK dah tu walaupun bukan MRSM Albert Einstein (bukan nama sebenar) yang paling hebat tu, MRSM Isaac Newton pun kira ok la..."jawabnya selamba.

Terdiam saya ni.

Hari ini pula keluar soalan, 'Dapat tawaran sekolah berasrama penuh mana?'

Tak pernah berdendam dan bersangka buruk terhadap sesiapa jadi jawab jujur saja, 'Sekolah Menengah Sains Hang Jebat (bukan nama sebenar), dekat sangat dengan rumah kami...'

"Oh, ye ke? Sebenarnya kalau dapat Sekolah Menengah Sains Hang Tuah atau Sains Hang Lekir (bukan nama sebenar) lebih bagus tetapi dapat Sains Hang Jebat pun bagus juga, nombor tiga paling bagus dah tu...Tahniah ye," jawabnya.

Terdiam lagi saya.

Tetapi kali ini terkedu.

Walaupun sebenarnya saya jenis tak kisah, deep down it still does hurt.

Saya sebenarnya berkawan dengan pelbagai orang yang dulunya belajar di pelbagai jenis sekolah daripada jenis sekolah paling hebat nombor satu di Malaysia sehinggalah sekolah di ceruk kampung yang ada tiga orang pelajar saja, akhirnya saya dapat simpulkan jenis, nama atau ranking sekolah tidak menentukan seseorang pelajar itu berjaya atau gagal.

Kawan-kawan saya yang bekerjaya doktor pakar sekarang ni pun hanya sebahagian saja lepasan sekolah asrama penuh dan MRSM, selebihnya adalah bekas pelajar sekolah menengah harian biasa bahkan ada yang sekolah dhaif tak dikenali orang.

Dulu tahun 2000 (Tingkatan 1) sejak saya mula bersekolah di Sekolah Menengah Sains Machang (SMACH) beberapa kali jumpa orang yang cakap, "Takde la pandai sangat. Kalau Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (FARIS) baru pandai...." terasa dihina pula kita ni ya Allahhhhh sampai hari ini teringat-ingat. Tak sangka sampai hari ni sudah Mac tahun 2024 masih ada orang banding-banding macam ni. Aduhhhhh

Siapa pun kita ni janganlah kelam-kabut sangat banding-membanding perihal sekolah. Tolonglah.

Tuan puan, saya nak pesan jagalah kata-kata kita. Itu saja. Titik. Terima kasih.

Hakikatnya sekolah mana pun tak apa je.

Nanti anak masuk universiti nanti nak banding-banding universiti pula ke camne? Bila nak habis cerita banding-banding ni?

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp