PAHANG - Para peserta berpeluang mengasah bakat mereka menerusi bengkel terbabit.
PAHANG - Para peserta berpeluang mengasah bakat mereka menerusi bengkel terbabit.

Jelajah TV PSS Sinar Bestari singgah sekolah Pantai Timur

Kru TV PSS turun padang kongsi ilmu penyiaran, penerbitan

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
19 Jun 2024 09:28am
A
A
A

Selepas Selangor, Wilayah Persekutuan dan Melaka, siri Jelajah TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sinar Bestari 2024 diteruskan lagi ke sekolah di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, minggu lalu.

Projek anjuran Sinar Bestari di bawah Sinar Harian dengan kerjasama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) setiap negeri itu, dimulakan di Kelantan pada 11 Jun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kadok, Ketereh, Kota Bharu; Terengganu (12 Jun) di SMK Chukai, Kemaman dan Pahang (13 Jun) di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut Jaya, Jerantut.

Siri jelajah yang dikendalikan Editor Eksekutif Lifesytle, Meen Tahrin bersama kru Sinar Bestari bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang kerjaya wartawan, etika penghasilan kandungan, pengendalian studio, penggunaan kamera, penulisan skrip, percambahan idea, penghasilan video dan kesan khas terbaik serta banyak lagi.

No Image Caption

Di KELANTAN, seramai 160 pelajar dan beberapa guru pembimbing menyertai program bagi meningkatkan pelbagai pengetahuan mengenai multimedia.

Masing-masing peserta teruja kerana dapat berkongsi pelbagai perkara seperti proses mengedit video dan kaedah mengambil gambar.

Pelajar Tingkatan Tiga SMK Mahmud Mahyuddin, Pasir Pekan, Tumpat, Muhd Damien Mikhail Mohamad Hafiz berkata, pengalaman mengedit yang diperoleh pada bengkel itu akan dikongsikan dengan rakan yang tidak dapat hadir.

Di TERENGGANU, kira-kira 13 buah sekolah mengikuti Jelajah TV PSS Sinar Bestari iaitu SMK Chukai, SMK Sultan Ismail, SMK Kampung Baru Kerteh, SMK Badrul Alam Shah, SMK Bukit Mentok dan SMK Geliga.

Sekolah lain turut menyertai SK Binjai, SK Rantau Petronas, SK Sultan Ismail, SK Chukai, SK Seri Iman, SK Kemasik dan SK Cheneh Baru.

Timbalan Pengarah JPN Terengganu (Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD), Awi Salleh berkata, program berkenaan dapat menarik lebih ramai murid dan pelajar supaya lebih menonjol dalam mengetengahkan potensi diri.

“Program TV PSS yang ditubuhkan di kebanyakan sekolah sebenarnya telah melahirkan bakat baharu dalam bidang komunikasi dan berhasil menggilap bakat mereka antaranya menjadi pengacara sesebuah majlis,” ujarnya.

Guru Penyelaras Studio TV PSS SMK Chukai, Cikgu Nurulhuda Mansor pula berpendapat, program itu memberi ruang terutama pelajar yang baru didedahkan dengan bidang suntingan dan penyiaran.

Jelajah TV Sinar Bestari turut berkongsi ilmu kepada para pelajar dari 13 buah sekolah di Terengganu.
Jelajah TV Sinar Bestari turut berkongsi ilmu kepada para pelajar dari 13 buah sekolah di Terengganu.

Di PAHANG, SK Jerantut Jaya dipilih sebagai tuan rumah kepada 80 peserta dari sekolah-sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Jerantut.

Para pelajar kelihatan teruja dan bersemangat menimba kemahiran baharu terutamanya penghasilan rakaman video.Kata mereka, bengkel itu membantu meningkatkan keyakinan diri di depan kamera dan mempelajari etika kerja terutama ketika mendekati orang (subjek).Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, JPN Pahang, Mohammad Naharuddin Awang mengalu-alukan penganjuran bengkel itu yang memberi manfaat kepada peserta.

“Ia menjadi platform terbaik buat pelajar meningkatkan kemahiran diri selain menghasilkan kandungan untuk TV PSS sekolah masing-masing,” ujarnya ketika merasmikan bengkel tersebut.

Pelajar dari sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Jerantut bersama barisan penganjur setelah berakhirnya program di SK Jerantut Jaya, baru-baru ini.
Pelajar dari sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Jerantut bersama barisan penganjur setelah berakhirnya program di SK Jerantut Jaya, baru-baru ini.

Akan datang, Jelajah TV PSS Sinar Bestari akan diteruskan ke lokasi SMK Puteri, Seremban, Negeri Sembilan pada 25 Jun ini.

No Image Caption



No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok