Cara mudah yang boleh dilakukan pelajar dan ibu bapa dalam membuat semakan semula keputusan SPM 2023.
Cara mudah yang boleh dilakukan pelajar dan ibu bapa dalam membuat semakan semula keputusan SPM 2023.

Kaedah semakan semula keputusan SPM 2023

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
04 Jun 2024 05:07pm

Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan baru-baru ini, bukanlah perkara baharu dalam kalangan pelajar yang menduduki peperiksaan berkenaan.

Tujuan ia dilakukan oleh pelajar atau ibu bapa mungkin disebabkan tidak berpuas hati dengan keputusan asal bagi subjek tertentu.

Sebagai jalan penyelesaian, mereka boleh membuat permohonan semakan semula keputusan SPM dengan kadar segera sebelum tarikh tutup pada 26 Jun ini.

Sinar Bestari kongsikan cara-cara menyemak semula keputusan SPM seperti dipetik menerusi hantaran KPM dalam Facebook.

Turut disertakan, senarai soalan lazim yang berkaitan dengan penyemakan semula peperiksaan berkenaan.

1) Bagaimanakah permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan dan penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes ‘T’ bagi SPM 2023 boleh dilakukan?

Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 boleh dilakukan melalui dua cara iaitu

(a) melalui pautan https://elp.moe.gov.my; atau

Artikel Berkaitan:

(b) melalui aplikasi e-LP yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store (pengguna Android), Apple Apps Store (pengguna iOS) dan Huawei AppGallery (pengguna Huawei).

2) Apakah syarat untuk permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM 2023?

Syarat permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan adalah calon tidak berpuas hati dengan gred yang diperolehi.

3) Berapa lama tempoh permohonan dibuka?

Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan bagi peperiksaan SPM 2023 dibuka selama 30 hari dari tarikh pengeluaran keputusan rasmi iaitu bermula pada 27 Mei 2024 hingga 26 Jun 2024.

4) Adakah permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan ini dikenakan bayaran? Jika ada, berapa jumlahnya?

Ya. Kadar bayaran bagi penyemakan semula keputusan peperiksaan adalah sebanyak RM100 bagi setiap mata pelajaran yang dimohon.

5) Adakah calon boleh membuat bayaran permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan secara tunai?

TIDAK. Pembayaran penyemakan semula keputusan peperiksaan dibuat secara dalam talian sahaja melalui aplikasi e-LP.

6) Adakah permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan akan diproses jika calon tidak membuat bayaran semasa permohonan?

TIDAK. Permohonan yang tidak disertakan dengan bayaran tidak akan diproses.

7) Adakah permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes ‘T’ akan dikenakan bayaran?

YA. Kadar bayaran bagi penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes ‘T’ adalah sebanyak RM100 bagi setiap mata pelajaran yang dimohon.

8) Apakah syarat untuk permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes ‘T’ bagi peperiksaan SPM 2023?

Syarat permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes ‘T’ adalah calon hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian Bertutur/Ujian Mendengar/Ujian Amali Sains/Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran tersebut (sekiranya berkaitan) tetapi memperolehi gred ‘T’ bagi mata pelajaran berkenaan.

9) Berapa lama tempoh masa untuk calon menerima keputusan permohonan penyemakan semula peperiksaan?

Keputusan permohonan penyemakan semula peperiksaan akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan diterima.

10) Bagaimanakah keputusan penyemakan semula peperiksaan dimaklumkan kepada calon?

Keputusan permohonan penyemakan semula peperiksaan akan dimaklumkan melalui kaedah berikut:

(a) notifikasi e-mel; dan

(b) secara dalam talian melalui aplikasi e-LP.

11) Berapa lama tempoh untuk calon mengetahui keputusan penyemakan semula peperiksaan Kes ‘T’?

Keputusan permohonan penyemakan semula peperiksaan Kes ‘T’ akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan.

12) Bagaimanakah calon boleh mendapatkan slip keputusan yang baharu?

Jika penyemakan semula keputusan peperiksaan didapati Berubah, tindakan calon adalah seperti berikut:

(a) calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu melalui sekolah masing-masing; atau

(b) calon persendirian boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu di Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

13) Bolehkah calon memohon untuk penyemakan semula keputusan peperiksaan kali kedua setelah keputusan dikeluarkan?

TIDAK. Permohonan semak semula hanya dibenarkan sekali sahaja bagi setiap mata pelajaran.

14) Bolehkah calon membatalkan permohonan penyemakan semula keputusan dimohon secara dalam talian?

TIDAK. Permohonan yang telah dikemukakan secara dalam talian akan diproses sebaik sahaja permohonan diterima.

15) Bolehkah calon menambah bilangan mata pelajaran permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan bagi peperiksaan SPM Tahun 2023?

YA. Calon boleh menambah mata pelajaran untuk penyemakan semula keputusan peperiksaan melalui permohonan sedia ada di aplikasi e-LP.

16) Bilakah tarikh tamat pendaftaran bagi peperiksaan SPMU Tahun 2024?

Tarikh pendaftaran bagi peperiksaan SPMU Tahun 2024 adalah pada 15 Mei 2024 hingga 7 Jun 2024. Calon Mengulang lepasan peperiksaan SPM Tahun 2023 adalah dikecualikan daripada Caj Lewat Daftar sebanyak RM150, tidak termasuk bayaran asas dan bayaran mata pelajaran.

17) Siapa yang perlu dihubungi jika terdapat masalah berkaitan pendaftaran dan pengurusan bayaran pendaftaran permohonan dalam aplikasi e-LP?

Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran aplikasi e-LP dan pengurusan bayaran pendaftaran secara dalam talian, calon boleh

(i) melayari laman sesawang lp.moe.gov.my;

(ii) e-mel kepada khidmatbantu.lp@moe.gov.my;

(iii) menghubungi talian 03-88843785/3787/3439/3365/3261/3443 mengikut waktu operasi berikut:

Isnin hingga Khamis: 8.15 pagi hingga 4.30 petang

Jumaat: 8.15 pagi hingga 12.00 tengah hari DAN 2.45 petang hingga 4.30 petang

Calon perlu memberikan maklumat seperti yang berikut

a. Nama Pemohon

b. Nombor Kad Pengenalan

c. Nombor Angka Giliran

d. Tarikh pendaftaran dan bayaran

e. Masa pendaftaran dan bayaran

f. Mata pelajaran

g. Nombor telefon

18) Siapa yang perlu dihubungi berkenaan permohonan UPUOnline?

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, calon boleh hubungi

(i) Hotline UPU: 03-86842363

(ii) Maklum balas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/

(iii) E-mel: upu@mohe.gov.my

(iv) UPUChat: https://upuchat.org/

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp