Kelas Seni Kreatif beri peluang kanak-kanak kembang bakat melukis
Kelas Seni Kreatif beri peluang kanak-kanak kembang bakat melukis

Kelas Seni Kreatif beri peluang kanak-kanak kembang bakat melukis

Roshlawaty Md Raieh
05 Oct 2022 07:19pm
A
A
A

Menghasilkan sebuah karya bagi seorang pelukis dewasa merupakan proses yang sangat mencabar.

Ini kerana banyak perkara yang perlu dititikberatkan dalam menghasilkan sebuah lukisan yang berkualiti.

Bagaimanapun berlainan pula halnya dengan pelukis kanak-kanak. Mereka dilihat mampu menghasilkan satu karya seni yang begitu kreatif hampir setiap minggu.

Berkongsi dengan Sinar Bestari, Guru Seni Visual dari Kelas Seni Kreatif Kanak-Kanak @ Sufi Kreatif di Proton City, Tanjong Malim, Perak, Cikgu Mohd Firdhaus Hasraf Hassan menjelaskan, kanak-kanak mempunyai pemikiran dan idea yang segar setiap hari.

Dengan idea segar itu, ia membolehkan kanak-kanak menghasilkan lukisan menarik setiap minggu.

Para peserta melukis potret Monalisa menggunakan kreativiti yang unik dan tersendiri.

Ujarnya lagi, melukis bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi ia akan menjadi senang sekiranya seseorang itu memiliki bakat semula jadi dalam bidang lukisan.

Dalam memastikan bakat melukis kanak-kanak terus berkembang, Kelas Seni Kreatif Kanak-Kanak @ Sufi Kreatif komited menganjurkan pelbagai aktiviti seni kreatif pada setiap hari Sabtu.

Pendedahan awal mereka dalam bidang seni mampu melahirkan pelukis muda bertaraf profesional.

Tutur Cikgu Mohd Firdhaus lagi, aktiviti seni kreatif yang diikuti peserta membolehkan mereka mengetahui gerak kerja seorang pelukis hebat antaranya cara menggunakan berus dan pemilihan kertas lukisan yang bersesuaian.

Seorang lagi guru Seni Visual dari Kelas Seni Kreatif Kanak-Kanak @ Sufi Kreatif, Cikgu Suraya Ismail memberitahu, pengalaman yang diperolehi oleh para peserta amat penting dalam memberi impak terhadap perkembangan minat dan kecenderungan mereka dalam bidang lukisan.

Bengkel Seni Kreatif Kanak-Kanak @ Sufi Kreatif pernah dijemput oleh sebuah stesen televisyen bagi perkongsian program anjuran mereka.

Dalam pada itu, ibu peserta, Noraliza Ali mengakui yang anaknya, Nur Ilmi Farzana Muhammad Farhan begitu seronok apabila menyertai kelas seni kreatif tersebut.

Katanya, Nur Ilmi Farzana sentiasa teruja setiap kali menghasilkan karya dalam kelas terbabit.

Apabila lukisannya siap, dia akan mengumpulnya untuk dijadikan koleksi peribadi yang boleh dikomersilkan.

Artikel berkaitan 

Inovasi LKiZy, hasil cetusan idea guru SM Teknik Tuanku Jaafar bantu memudahkan pelajar  Lukisan Kejuruteraan

“Pertama kali lihat lukisan Ilham, saya sangat terkejut. Tak sangka dia dapat hasilkan karya sebegini”

Mile kongsi 8 tip untuk menjadi pelukis grafiti dan mural berjaya


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok