Keputusan permohonan untuk lepasan SPM boleh disemak menerusi dua platform mulai 12 tengah hari pada 28 Jun hingga 5 petang 7 Julai 2024.
Keputusan permohonan untuk lepasan SPM boleh disemak menerusi dua platform mulai 12 tengah hari pada 28 Jun hingga 5 petang 7 Julai 2024.

Keputusan permohonan kemasukan ke IPTA, ILKA lepasan SPM diumum 28 Jun

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
21 Jun 2024 02:57pm
A
A
A

Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat sijil, asasi dan diploma Sesi Akademik 2024/2025 diumumkan pada 28 Jun.

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), keputusan permohonan berkenaan khusus untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan boleh disemak menerusi dua platform mulai 12 tengah hari pada tarikh tersebut hingga 5 petang 7 Julai 2024.

"Platform pertama adalah secara dalam talian melalui lima pautan iaitu https://jpt.utm.my; https://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.ums.edu.my dan https://jpt.umt.edu.my

"Manakala platform kedua menerusi aplikasi mudah alih UPUPocket di telefon pintar," kata kenyataan itu.

Sambung KPT, pengesahan setuju terima tawaran akan bermula pada 29 Jun hingga 7 Julai depan di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan ILKA.

Selepas itu, surat tawaran rasmi akan dikeluarkan IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 29 Jun setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh dinyatakan.

"Hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dan politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 28 Jun jam 12 tengah hari hingga 5 petang 7 Julai.

"Rayuan ke kolej komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline," katanya.

Mengulas lanjut, KPT berkata, tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2024/2025 adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA tidak dibenarkan.

"Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

"Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan UPUOnline boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi atau melalui nombor telefon 03-8684 2363 dan e-mel upu@mohe.gov.my," jelas kementerian itu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok