WhatsApp Image 2022-02-08 at 5.36.57 PM
WhatsApp Image 2022-02-08 at 5.36.57 PM

KKM tidak bercadang beri dos penggalak kepada pelajar sekolah

Rasyidah Zulkifi
08 Feb 2022 08:07pm
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) belum bercadang memberikan suntikan dos penggalak kepada pelajar sekolah buat masa ini untuk melengkapkan dos Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pemberian suntikan dos penggalak hanya diberikan kepada orang dewasa sahaja.

Baca juga Radzi bawa anak bongsu ambil vaksin, PICKids ternyata cepat dan teratur

Baca juga PICK-R daerah Klang capai sasaran, 72,185 pelajar lengkap dua dos vaksin

“Setakat ini, pakar-pakar belum membuat keputusan untuk memberikan suntikan vaksin penggalak kepada kumpulan kanak-kanak dan remaja.

“Fokus kita sekarang ini memberi suntikan (vaksin dos pertama dan kedua) kepada anak-anak dan kita menyasarkan sebanyak 80 peratus (kanak-kanak dan remaja) mereka akan disuntik,” katanya pada sesi wawancara eksklusif bersama Sinar Harian hari ini.

 

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pada sesi wawancara eksklusif bersama Sinar Harian hari ini.

Dr Noor Azmi berkata, KKM mempunyai masa lebih kurang dua bulan untuk melengkapkan pemberian suntikan dos pertama.

“Kita ada (masa) lebih kurang dua bulan untuk melengkapkan pemberian vaksin dos pertama kemudian, dos kedua untuk meningkatkan daya tahan pelajar.

“Dalam mesyuarat, kami sudah berbincang untuk mengerahkan kumpulan penyuntik (vaksin), doktor-doktor swasta masuk ke sekolah dengan izin KKM untuk memberi suntikan (dos pertama) dalam masa dua bulan,” katanya.

Beliau berkata, KKM berharap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) mendapat kejayaan dengan sokongan daripada pelbagai pihak.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kakitangan kesihatan, KPM, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Angkatan Tentera (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi-agensi dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini,” ujarnya.

Ikuti juga kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/sinarbestarimy

Instagramhttps://www.instagram.com/sinarbestarimy/

Twitter: https://twitter.com/sinarbestarimy

Youtube: https://www.youtube.com/c/SinarBestariMy/

Beliau menasihatkan agar ibu bapa meyakinkan anak-anak mereka supaya tidak mendengar berita palsu berkaitan suntikan vaksin dengan merujuk kepada berita yang telus dari KKM.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok