Orang ramai disaran menyumbang cadangan bagi menghasilkan pelan pembangunan pendidikan baharu hingga 31 Disember depan.
Orang ramai disaran menyumbang cadangan bagi menghasilkan pelan pembangunan pendidikan baharu hingga 31 Disember depan.

KPM alu-alukan cadangan orang ramai

24 Jun 2024 10:37am
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang dalam usaha menghasilkan pelan pembangunan pendidikan baharu bagi mengantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang hampir sampai ke penghujung.

Justeru, selaras dengan konsep whole of society approach, KPM menerusi kenyataan media pada Isnin, mengalu-alukan cadangan pelbagai pihak dalam bentuk memorandum atau kertas cadangan untuk membantu kementerian menghasilkan pelan pendidikan masa depan yang komprehensif dan holistik.

Bagi tujuan ini, KPM telah membangunkan Portal Cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036.

“Ia adalah wadah untuk memudahkan pengumpulan maklumat, cadangan dan idea daripada seluruh masyarakat berkaitan hala tuju pendidikan negara.

“Portal Cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 boleh diakses melalui pautan https://www.moe.gov.my/pelanpendidikan2026/public.

"Seluruh masyarakat dijemput untuk menyumbang cadangan bermula 14 Mei 2024 hingga 31 Disember 2024,” katanya dengan menambah, KPM komited menjayakan agenda reformasi pendidikan demi manfaat generasi masa depan negara.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok