Kah Woh
Kah Woh

KPM alu-alukan kajian semula elaun pengetua, guru besar

08 Oct 2025 10:27pm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengalu-alukan sebarang pendekatan atau pembaharuan berhubung semakan semula elaun pengetua dan guru besar, yang ketika ini masing-masing RM300 dan RM200.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata hal ini kerana kadar elaun semasa dilihat antara faktor utama menghalang minat dalam kalangan guru untuk menyertai kursus Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) sekali gus menyumbang kepada masalah kekurangan pemimpin sekolah.

"Kami pun ada mendengar berkenaan dengan pandangan daripada pihak pendidik sekolah bahawa ia (elaun) mungkin merupakan satu daripada faktor yang membataskan atau menyebabkan kekurangan minat (menyertai kursus NPQEL).

"Namun kadar elaun ini sememangnya ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam penggredan dan juga penskiman sedia ada...pada ketika ini kedua-dua elaun itu masih kekal," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang ingin tahu sama ada KPM bersedia menyemak semula elaun atau insentif diberikan kepada pengetua supaya dapat menarik minat guru berpotensi untuk mengikuti kursus NPQEL. - Bernama 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Kementerian Pendidikan terbuka untuk semakan elaun pengetua dan guru besar
  • Elaun semasa adalah RM300 untuk pengetua dan RM200 untuk guru besar
  • Kadar elaun dikatakan menghalang minat guru menyertai kursus NPQEL
  • Elaun tersebut ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Sesi soal jawab di Dewan Rakyat membincangkan kemungkinan semakan semula elaun
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp