KPM bersama KKM akan sentiasa memantau penularan Covid-19 yang membabitkan calon SPM

FIRDAUS HANAFI MOHD ZAINFIRDAUS HANAFI MOHD ZAIN
02 Feb 2023 09:19am

Tindakan mencegah dan menghalang wabak pandemik Covid-19 adalah tanggungjawab kita bersama.

Umum mengetahui bagaimana bahayanya virus penyakit ini dengan angka kematian yang mencecah lima angka.

Meskipun wabak Covid-19 dalam negara sudah terkawal berbanding dahulu, namun masih banyak tindakan berjaga-jaga diambil oleh kerajaan.

Langkah serupa turut diambil Kementerian Pendidikan (KPM) yang akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) jika berlaku penularan wabak tersebut dalam

kalangan calon yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan ini.

Ujar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, KKM sudah mempunyai pelan dan mekanisme pengurusan jika terdapat penularan Covid-19 dalam kalangan calon SPM dan warga sekolah yang lain.

“Saya beri jaminan kepada calon SPM dan minta mereka supaya jangan risau kerana kita sudah membuat segala persiapan dan persediaan berhubung perkara ini.

“Prosedur operasi standard (SOP) akan ditentukan oleh KKM dan KPM juga sentiasa meminta nasihat daripada badan berkenaan dari semasa ke semasa.

“Kita berdoa semoga dijauhkan ujian dan bala supaya pelajar boleh fokus untuk membuat persiapan bagi menghadapi SPM,” ujarnya ketika soal jawab dalam satu sesi Town Hall SPM 2022 di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:


Sesi berkenaan dihadiri guru dan calon SPM dari seluruh Pulau Pinang.

Peperiksaan SPM bagi sesi 2022/2023 bermula 30 Januari hingga 15 Mac depan melibatkan 40,3637 calon.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp