325418428_859570785324905_7868407789443437751_n
325418428_859570785324905_7868407789443437751_n

KPM utamakan pembelajaran dan pembangunan awal kanak-kanak dalam pelaburan pendidikan.

firdaus.hanafi
25 Jan 2023 08:07pm
A
A
A

Untuk meningkatkan kualiti pembangunan modal insan, pendidikan pelajaran dan pembangunan awal kanak-kanak adalah perkara utama yang perlu diberikan tumpuan.

Sekiranya akses kepada asas pendidikan yang berkualiti dapat diberikan kepada kanak-kanak, ia adalah perkara yang diyakini dengan kanak-kanak tersebut dapat membesar dan berjaya menjadi orang yang berilmu dan berguna.

Ini adalah antara isu yang cuba diterapkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam usahanya melalui Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mentransformasikan sistem pendidikan ke arah yang lebih saksama, inklusif, relevan serta berdaya saing.

Ujar Fadhlina, kementerian itu menyasarkan menjadikan pelaburan untuk pelbagai sektor.

Kata beliau, pembelajaran awal dan pembangunan kanak-kanak akan diberikan perhatian utama menerusi pelaburan itu dengan bantuan yang lebih ketara.

“Kami (KPM) akan mengutamakan isu ini melalui pengumpulan bukti, analisis, data ramalan tentang kehilangan pembelajaran pelajar dan sistem amaran awal demi mengurangkan serta menurunkan kemungkinan pelajar untuk tercicir.

“Langkah ini juga dapat memastikan isu kemiskinan yang memberi kesan secara langsung terhadap pendidikan anak-anak dapat ditangani dengan sewajarnya.

“Usaha ini pasti berhasil melalui komunikasi yang berjaya diselaraskan secara baik dalam kalangan semua pihak berkepentingan yang terlibat termasuk sekolah di Malaysia,” ujar beliau dalam satu kenyataan bersempena Hari Pendidikan Antarabangsa 2023, baru-baru ini.

Dalam ucapannya itu juga, Fadhlina menekankan kementerian turut memberi perhatian kepada aspek Karamah Insaniah.

Ulas beliau, mereka akan menumpukan kemahiran insaniah bagi menyemai akhlak serta integriti dalam kalangan pelajar.

Tambah Fadhlina, KPM akan terus membangun dan menaik taraf struktur maklumat dan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di semua sekolah kerana rangka kerja dasar pendidikan digital kekal diutamakan.

“Kami tetap mengambil berat tentang jurang digital apabila merancang pendidikan digital terutamanya mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah serta di kawasan luar bandar yang terpencil.

“Justeru pembelajaran mereka harus dipermudahkan demi mengurangkan jurang ekuiti dan untuk mengelak daripada ketinggalan dalam pelajaran,” katanya lagi.

Beliau percaya pendidikan masa depan memerlukan guru serta pelajar untuk celik dunia digital serta pemahaman yang tinggi bagi menjadikan pendidikan mereka kalis masa depan dengan lebih baik.

Oleh itu ujarnya adalah penting untuk menjalinkan kerjasama antara penyedia perkhidmatan teknologi dan badan antarabangsa untuk meningkatkan kemahiran serta intelektual digital mereka.

Artikel berkaitan

KPM sahkan tiada isu diskriminasi dalam bengkel persedian peperiksaan SPM

KPM janji tambah baik proses pemberian wang bantuan ke sekolah

KPM mampu gubal dasar ke arah era baharu pendidikan negara – Fadhlina Sidek


 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok