Zambry (tengah) bersama pelajar pada Majlis Penyerahan WPP PTPTN di Seri Manjung.
Zambry (tengah) bersama pelajar pada Majlis Penyerahan WPP PTPTN di Seri Manjung.

KPT beri kerjasama kepada polis jika terdapat pensyarah, pelajar terlibat GISBH

24 Sep 2024 10:00am

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi kerjasama penuh kepada siasatan polis jika terdapat pensyarah atau pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terlibat dengan ajaran dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia bagi memastikan IPT bebas daripada sebarang bentuk dakyah dibawa GISBH.

"Perkara ini adalah dalam bidang kuasa polis yang telah bentuk satu pasukan khas bagi melaksanakan tanggungjawab telah diberikan.

"Ia (siasatan) akan melibatkan semua, tak kira sama ada dia pelajar atau pensyarah universiti. Bermakna, tindakan yang diambil adalah secara menyeluruh," katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan kementerian sekiranya terdapat pensyarah dan pelajar yang terlibat dengan GISBH. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp