679374
679374

KPT sambut baik keputusan kelonggaran PdP akibat banjir

Adlan Farhan Azwan
22 Dec 2021 04:44pm
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyambut baik keputusan yang diambil oleh beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia untuk melonggarkan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kepada pelajar serta kakitangan yang terkesan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan KPT hari ini, keputusan penangguhan yang diambil diharap dapat meringankan beban dan memudahkan urusan serta melancarkan proses pemulihan pasca banjir ini.

“KPT mengalu-alukan keputusan yang diambil beberapa buah IPT yang melaksanakan penangguhan sesi PdP serta sebarang aktiviti sepanjang tempoh berlakunya musibah banjir ini,” katanya.

BACA JUGA: UMP tubuh bilik gerakan untuk bantu mangsa banjir

BACA JUGA: 4 tip keperluan belajar berenang

Antara IPT yang telah mengambil keputusan untuk membuat penangguhan PdP adalah:

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Universiti Utara Malaysia (UUM).

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

KPT menyarankan kepada semua IPT lain yang terkesan akibat bencana ini untuk turut mengambil pendekatan yang sama bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Dalam pada masa yang sama, KPT turut menzahirkan rasa prihatin dengan nasib yang menimpa warga institusi IPT dengan musibah yang berlaku.

Para pelajar yang mempunyai sebarang. kemusykilan atau pertanyaan berhubung perkara ini boleh terus menghubungi Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok