Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar platform terbaik untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat terutama di luar bandar mengenai institusi pendidikan MARA. - Kredit Foto FB MARA
Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar platform terbaik untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat terutama di luar bandar mengenai institusi pendidikan MARA. - Kredit Foto FB MARA

Masih ramai tidak tahu potensi bidang TVET - Pengerusi MARA

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
22 May 2023 10:38am
A
A
A

Program-program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mempunyai potensi yang tinggi dalam melahirkan modal insan berkemahiran di negara ini.

Bagaimanapun, masih ramai yang tidak mengetahui potensi TVET dalam melahirkan graduan-graduan kebolehpasaran untuk memenuhi industri pekerjaan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Ashraf Wajdi berkata, terdapat 287 institusi pendidikan MARA yang menawarkan pelbagai program TVET di seluruh negara.

"Institusi pendidikan MARA menawarkan program-program TVET bermula daripada peringkat sijil, diploma sehingga ijazah.

"Bahkan, program-program berkenaan berasaskan keperluan industri malah memberi peluang-peluang pekerjaan yang luas kepada para pelatih," katanya kepada media selepas hadir program Hari Mara Bersama Rakyat dan Jelajah Pendidikan Luar Bandar, di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Beliau memberitahu, terdapat institusi pendidikan MARA yang menawarkan pembiayaan penuh, memberi elaun sara hidup dan pinjaman kepada pelajar-pelajar.

"Mereka yang berdepan kesukaran membuat pembayaran pinjaman juga boleh datang ke MARA untuk penstrukturan semula.

“Apa yang penting adalah mereka boleh bayar semula kerana pinjaman berkenaan akan digunakan oleh orang lain yang memerlukan pinjaman.

Artikel Berkaitan:

"Justeru, program Hari MARA Bersama Rakyat dan Jelajah Pendidikan Luar Bandar adalah platform terbaik untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat terutama di luar bandar mengenai institusi pendidikan MARA," ujarnya.

Di negeri Selangor, beliau berkata, program Jelajah Pendidikan Luar Bandar akan meliputi tujuh buah daerah bermula dengan daerah Sabak Bernam yang akan diadakan di Plaza Sungai Besar pada 27 Mei ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok