kari-shea-1SAnrIxw5OY-unsplash
kari-shea-1SAnrIxw5OY-unsplash

Meta perkenalkan aktiviti permainan video berasaskan keselamatan penggunaan Messenger Kids

Adlan Farhan Azwan
21 Jan 2022 04:09pm
A
A
A

Syarikat induk Facebook, Meta telah melancarkan aktiviti baharu dalam platform Messenger Kids yang bertujuan untuk mengajar etika internet kepada kanak-kanak.

Menurut Pengarah Pengurusan Produk di Messenger Kids, Erik Michael Weitzman, aktiviti yang telah diselitkan dengan unsur permainan video akan membantu kanak-kanak belajar cara menggunakan internet dengan selamat dan berlatih membuat keputusan yang tepat dalam talian.

Tujuan utama ciri ini dibangunkan ialah bagi mengajar kanak-kanak cara menggunakan Messenger dengan betul dan selamat.

Kredit foto: The Verge

Meta atau Facebook mula memperkenalkan Messenger Kids pada tahun 2017 yang mana ia merupakan aplikasi Messenger versi kecil yang bersambung dengan akaun Facebook ibu bapa.

Namun, sejak tahun lepas, Facebook terpaksa menangguhkan perancangan untuk platform perkongsian foto Instagram versi kanak-kanak apabila menerima kritikan yang meluas.

Baca juga Sekolah di Amerika Syarikat ditutup selepas trend ancaman berbahaya di TikTok

Baca juga 6 sebab mengapa cikgu di Malaysia perlu memiliki akaun Twitter

Sebelum ini, Sesame street merupakan antara rancangan televisyen yang telah menerapkan konsep pendidikan melalui hiburan.

Sesame Street dipuji dan diterima baik semua lapisan masyarakat serata dunia kerana mempunyai impak positif terhadap kemahiran pembelajaran kanak-kanak dan pelakon wataknya yang mempunyai pelbagai budaya.

Dalam pada itu, ramai juga yang menyatakan bahawa rancangan itu telah berjaya mengajar kanak-kanak cara menonton televisyen dengan betul, memastikan mereka terlibat sama dalam program yang sedang disiarkan dan berhibur melalui pembelajaran.

Bagaimanapun, Platform Meta dilihat menerima respon berbeza apabila pernah mempunyai sejarah yang bermasalah melibatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian.

Pemberi maklumat dalaman, Frances Haugen mencadangkan Facebook atau Meta menyedari bahawa Instagram boleh menjadi sebuah platform tidak sihat untuk pengguna remaja dan algoritmanya boleh mencenderungkan kanak-kanak kepada kandungan yang tidak bersesuaian.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Menurut kajian daripada Thorn pula, sebuah organisasi advokasi keselamatan kanak-kanak dalam talian, ia didapati bahawa kanak-kanak menerima penderaan dan gangguan di media sosial, termasuk Facebook, Instagram dan Messenger, pada kadar yang jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Kebanyakan kanak-kanak juga tidak melihat Facebook sebagai platform untuk mereka gunakan dalam kehidupan seharian manakala Instagram kekal popular di kalangan pengguna remaja tetapi turut kehilangan bilangan pengguna beberapa tahun lepas akibat daripada budaya buli yang semakin berleluasa di media sosial dan pesaing lain seperti TikTok.

Sumber: The Verge

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok