solen-feyissa-Yaw9mfG9QfQ-unsplash
solen-feyissa-Yaw9mfG9QfQ-unsplash

Sekolah di Amerika Syarikat ditutup selepas trend ancaman berbahaya di TikTok

Adlan Farhan Azwan
17 Dec 2021 03:57pm
A
A
A

Beberapa sekolah di Amerika Syarikat terpaksa dibatalkan pada hari Jumaat, 17 Disember kerana menerima laporan ancaman yang kononnya dibuat di TikTok.

Menurut laporan media di Amerika Syarikat, sekolah di daerah California, Texas, Minnesota, dan Missouri telah mengumumkan perancangan untuk menutup sekolah pada hari Jumaat sebagai langkah berjaga-jaga.

Di daerah lain, pihak berkuasa juga berkata, mereka merancang untuk meningkatkan bilangan polis atau telah menghantar e-mel kepada ibu bapa untuk mengatakan bahawa mereka telah melakukan siasatan mengenai dakwaan itu.

Setakat ini, terdapat sedikit bukti bahawa ancaman itu boleh dipercayai. Sebahagian besar jabatan polis daerah mengatakan bahawa mereka telah mengakui kewujudan tentang trend yang merujuk kepada kemungkinan berlakunya tembakan atau pengeboman pada 17 Disember.

Namun, pihak mereka masih belum mendapat bilangan sebenar mengenai berapa jumlah orang yang sudah melihat ancaman terhadap sekolah mereka khususnya.

Sebilangan pihak daerah dan bahagian penguatkuasaan undang-undang mengatakan mereka telah menelitinya dan tidak melihat ancaman itu sesuatu boleh dipercayai.

BACA JUGA: Remaja terselamat daripada penculikan selepas guna isyarat tangan popular di TikTok

BACA JUGA: Tiktok salah satu terapi untuk pelajar, aplikasi dalam talian terkini pilihan anak muda hari ini

Sekolah Awam Daerah Baltimore telah mengeluarkan kenyataan melalui laman Twitter rasminya semalam.

"Agensi penguatkuasaan undang-undang telah menyiasat ancaman ini dan menentukan bahawa ia berasal dari Arizona dan tidak boleh dipercayai," jelasnya.

[embed]?s=20[/embed]

Dalam masa yang sama, Sekolah Daerah Gasconade turut berkata, tiada ancaman kepada mana-mana sekolah di Mexico buat masa sekarang.

Gabenor New Jersey, Phil Murphy melalui ciapannya di Twitter memberitahu, tiada ancaman khusus yang dikenal pasti terhadap mana-mana sekolah di New Jersey.

[embed]?s=20[/embed]

Video ancaman yang disiarkan di TikTok memberi amaran kepada orang lain bahawa mereka tidak perlu hadir ke sekolah pada 17 Disember kerana akan berlakunya tembakan atau pengeboman, yang mana telah mendorong orang lain untuk mencipta video yang sama.

TikTok turut membuat penjelasan berkaitan perkara ini di laman Twitter rasmi.

[embed]?s=20[/embed]

“Kami masih belum menjumpai bukti asal-usul ancaman atau penyebaran di TikTok dan kami memandang serius tentang perkara ini.

“Oleh itu, kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk melihat sebarang petanda atau amaran tentang sebarang ancaman yang berbahaya.” katanya.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Ini bukan kali pertama sekolah di Amerika Syarikat menghadapai khabar angin seperti ini. Sebelum ini, trend ‘melempang guru’ turut menjadi kebimbangan tetapi sebenarnya ia palsu.

Sumber: The Verge

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok