Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Indera Mahkota Utama, Pahang bergambar selepas dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama sebagai Sekolah Terbaik Keseluruhan 2023, Misi Sihat Yakult 2023.
Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Indera Mahkota Utama, Pahang bergambar selepas dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama sebagai Sekolah Terbaik Keseluruhan 2023, Misi Sihat Yakult 2023.

Misi sihat bersama Yakult diteruskan

NURBAYA ABDUL REZAK
15 Dec 2023 04:41pm
A
A
A

Sempena Hari Kesihatan Sedunia, Yakult Malaysia meneruskan program ‘Misi Sihat Yakult’ di sekolah-sekolah seluruh negara dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, Hiroki Yanase berkata, pihaknya sedaya upaya mengalakkan dan berusaha membimbing pelajar ke arah pemakanan sihat serta aktif secara fizikal menerusi program tersebut.

"Usaha kami tidak akan berhenti di sini, malah terus menduduk pelajar tentang gaya hidup sihat dan menggalakkan mereka mencapai kecemerlangan menerusi aktiviti kami. Ia juga sebagai inisiatif untuk Malaysia yang lebih baik dan sihat pada masa hadapan.

"Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KPM dan semua sekolah yang menyokong aktiviti Yakult dan juga minuman probiotik ini," katanya kepada Sinar Bestari.

Beliau berkata demikian sewaktu program Misi Sihat Yakult di Hotel Aloft, Kuala Lumpur pada Khamis.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Hal Ehwal Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Hirudin Mohit.

Barisan pemenang bergambar bersama wakil Yakult dan KPM pada majlis penutup Misi Sihat Yakult 2023 di Kuala Lumpur.
Barisan pemenang bergambar bersama wakil Yakult dan KPM pada majlis penutup Misi Sihat Yakult 2023 di Kuala Lumpur.

Program yang melibatkan 96 buah sekolah rendah di seluruh negara itu membabitkan seramai 5,622 orang guru dan 79,229 orang pelajar.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran tentang bagaimana faktor gaya hidup seperti makan secara sihat dan kecergasan fizikal memainkan peranan penting untuk mengekalkan kesihatan.

Pelajar dan guru dari sekolah yang terpilih menyertai program Misi Sihat Yakult dikehendaki dengan menganjurkan aktiviti pemakanan sihat dan kecergasan fizikal sama ada di luar talian atau dalam talian.

Berikutan itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Indera Mahkota Utama, Pahang diumumkan sebagai pemenang hadiah utama sebagai Sekolah Terbaik Keseluruhan 2023 sekali gus memenangi kategori Aktiviti Kecergasan Lompat Tali Terbaik.

Manakala SK Subang Bestari, Selangor di tempat kedua Terbaik Keseluruhan 2023, diikuti SK Kangkar Pulai, Johor.

SK Intan Baiduri, Kuala Lumpur pula memenangi kategori Aktiviti Pemakanan Sihat Terbaik manakala SK Kubang Ikan, Terengganu diktiraf sebagai pemenang kategori Aktiviti Hari Kesihatan Sedunia Terbaik selain kategori Aktiviti Atas Talian Terbaik (Video TikTok).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok