md jidin Murid bebas gejala Covid-19 sahaja dibenarkan kembali asrama Mohd Radzi
md jidin Murid bebas gejala Covid-19 sahaja dibenarkan kembali asrama Mohd Radzi

Murid bebas gejala Covid-19 sahaja dibenarkan kembali asrama - Mohd Radzi

Rasyidah Zulkifi
28 Apr 2022 09:00pm
A
A
A

PUTRAJAYA - Murid sekolah berasrama yang bebas gejala Covid-19 sahaja dibenarkan kembali ke asrama, ujar Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Beliau berkata mereka yang menunjukkan simptom Covid-19 dilarang pulang ke asrama sehingga keadaan benar-benar pulih.

Baca juga

Guru Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam tidak cukup – Mohd Radzi

Ujian saringan kendiri mingguan secara bergilir boleh dilakukan di rumah – Radzi Jidin

“Hanya murid yang sihat dibenarkan kembali ke asrama dalam apa jua keadaan di mana-mana institusi Kementerian Pendidikan (KPM).

“Sebagai contoh apabila ramai pulang ke asrama selepas raya, perlu memastikan mereka sihat dan tidak bergejala.

“Mereka tidak dibenarkan untuk kembali dan masuk ke asrama sekiranya didapati bergejala,” katanya pada sidang media di Facebook Live rasmi, pada Khamis.

Jelas beliau, murid perlu menjalani ujian kendiri Covid-19 jika menunjukkan simptom setelah sampai di asrama.

“Sekiranya murid ini negatif, maka perlu memakai pelitup muka sepanjang mereka di sekolah.

“Dan sekiranya murid asrama positif, mereka akan diletakkan di bilik isolasi atau dibawa pulang oleh ibu bapa.

“Pelaksanaan aktiviti riadah secara fizikal juga dibenarkan di dalam kawasan asrama sekolah,” ujarnya.

Mohd Radzi berkata ibu bapa diberi pelepasan untuk melawat anak-anak mereka di asrama pada fasa endemik.

“Jika sebelum ini tidak dibenarkan, ketetapan baru ini berkuat kuasa, maka kita benarkan ibu bapa untuk menghantar barang atau melawat anak mereka.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

"Dengan pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) semalam, maka kita telah membuat ketetapan bahawa anak-anak akan dibenarkan untuk outing dan pulang bermalam di rumah masing-masing sepertimana ketetapan sebelum datangnya Covid-19,” katanya.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok