cikgu-mohd fadli
cikgu-mohd fadli

Nasib Cikgu Mohd Fadli ditentukan esok

Adlan Farhan Azwan
17 Oct 2022 06:33pm
A
A
A

Nasib Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh yang medakwa dirinya bakal dikenakan tindakan dipecat atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan isu berkaitan sistem pendidikan negara akan diketahui esok.

Hasil persidangan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan yang berlangsung pada petang tadi akan diserahkan kepada Cikgu Mohd Fadli esok.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, keputusan itu akan dimaklumkan kepada guru berkenaan melalui ketua jabatan.

Artikel berkaitan

“Jangan hancurkan jiwa pendidik para guru” - Samuel Isaiah

Cikgu Mohd Fadli belum dijatuhkan hukuman - KP Pendidikan

Mohd Radzi mahu jumpa Cikgu Mohd Fadli


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok