Orang ramai begitu teruja apabila berpeluang mengunjungi PBAKL 2023 yang kini berlangsung hingga 4 Jun 2023. Kredit foto: Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Orang ramai begitu teruja apabila berpeluang mengunjungi PBAKL 2023 yang kini berlangsung hingga 4 Jun 2023. Kredit foto: Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

PBAKL 2023 platform intelektual yang bakal lahirkan cendekiawan dan ilmuan negara

ROSHLAWATY MD RAIEH
27 May 2023 08:38pm
A
A
A

Penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 yang kini berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hingga 4 Jun 2023 dilihat begitu penting dalam menyumbang kepada pembangunan industri buku.

Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan (KPM) pada Sabtu, selain meningkatkan minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, PBAKL berupaya menjadi platform intelektual di negara ini.

Hal ini dibuktikan dengan galakan aktiviti perbukuan seperti penulisan, penyuntingan, ilustrasi, penterjemahan dan pemasaran buku.

Malah, ekosistem perbukuan yang konsisten ini akhirnya akan melahirkan ramai cendekiawan dan ilmuan sekali gus memberikan pulangan pelaburan sosial kepada negara.

Kredit foto: Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Kredit foto: Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

PBAKL 2023 yang bertemakan ‘Budaya Membaca Membentuk Keperibadian Unggul Masyarakat Madani’ berjaya menyediakan 813 reruai yang membabitkan 217 syarikat pempamer dalam industri perbukuan dan mensasarkan 1.3 juta pengunjung ke pesta buku tersebut.

"PBAKL 2023 kali ini menonjolkan 10 elemen yang cukup menarik kepada para pengunjung.

"10 elemen tersebut terdiri daripada Pesta Buku Hibrid (PBAKL fizikal dan dalam talian); Pusat Dagang Hak Cipta ASEAN (ASEAN Right’ s Fair); China sebagai Negara Tamu; Sarawak sebagai Negeri Tamu dan KPM sebagai Kementerian Tamu.

Artikel Berkaitan:

"Seterusnya adalah Kumpulan Penerbit Akademik Terbesar (Perkumpulan penerbit-penerbit universiti); IFLA Junior; Mandiri di PBAKL 2023; BOCA VIP Programme dan Laman Santai Seni," ujar kenyataan media itu.

Kredit foto: Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Kredit foto: Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Sementara itu, PBAKL 2023 berkolaboratif dengan Shopee sebagai rakan rasmi e-dagang untuk melaksanakan pesta buku secara hibrid manakala TikTok sebagai rakan rasmi media sosial yang menawarkan banyak aktiviti di #BookTokMalaysia dan Temui Pembaca Di Mana Jua.

Malah, penyertaan Media Prima Berhad dan Radio IKIM sebagai rakan strategik PBAKL 2023 juga adalah salah satu usaha dalam meningkatkan promosi penganjuran pesta buku tersebut.

Diharapkan penganjuran PBAKL 2023 yang menjadi sebahagian usaha kerajaan berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuhkan budaya membaca rakyat Malaysia sekali gus memperkasakan industri perbukuan negara.

Kredit foto: Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Kredit foto: Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Dalam pada itu, PBAKL 2023 yang menjanjikan kepelbagaian koleksi buku terkini dan berkualiti kepada orang ramai telah disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu di Pentas Utama, WTCKL.

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying; Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali; Pengerusi Jawatankuasa Pengelola PBAKL, Mohd Khair Ngadiron.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok