Guru berkenaan telah digantung tugas sehingga siasatan selesai.
Guru berkenaan telah digantung tugas sehingga siasatan selesai.

Pedofilia: Guru MRSM digantung tugas

AZLEENDA SAHALUDIN
01 Apr 2024 04:02pm
A
A
A

Guru Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat, Kelantan yang didakwa melakukan perbuatan pedofilia terhadap beberapa pelajar institusi berkenaan telah digantung tugasnya sehingga siasatan selesai.

Memetik komen yang dimuat naik oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, pihaknya telah mengarahkan siasatan menyeluruh terhadap isu tersebut dilakukan segera.

“MARA Hq telah menubuhkan satu pasukan dan akan turun ke MRSM Tumpat, manakala guru berkenaan telah digantung tugas sehingga siasatan selesai,” tulisnya dalam satu komen di aplikasi X.

Baru-baru ini media melaporkan polis menerima laporan berkaitan seorang guru MRSM berkenaan didakwa melakukan aktiviti pedofilia terhadap seorang pelajar lelaki.

Lebih memeranjatkan, susulan daripada isu tersebut menjadi tular sejak akhir-akhir ini ia mendapat perhatian beberapa pihak termasuklah seorang wanita yang berasa terganggu dan terkejut apabila mengetahui guru berkenaan masih bebas mengajar.

Menerusi perkongsian @nayliisabrirawr di akaun X, dia meluahkan rasa kecewa kerana sejak sekian lama guru yang membuat onar itu tidak dikenakan sebarang tindakan.

Dia yang merupakan bekas pelajar sekolah terbabit, mendakwa dirinya adalah salah seorang mangsa guru itu dan menceritakan bagaimana pelajar senior telah memberi amran tentang perkara ini ketika mula mendaftar masuk sebagai pelajar Tingkatan Satu.

“Ketika saya berumur 13 tahun, senior saya ada memberi amaran tentang seorang guru. Katanya dia sering menghantar teks mesej berbaur lucah kepada pelajar yang cantik.

Artikel Berkaitan:

“Apabila saya pula menjadi senior, saya sampaikan pesanan kepada pelajar junior yang lain,” tulisnya.

Tambahnya lagi, sangat menakutkan apabila mendapat tahu guru berkenaan sudah berkali-kali melakukan perbuatan itu tetapi tiada sebarang tindakan dikenakan terhadapnya malah masih bebas mengajar seperti biasa.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok