No Image Caption

Pelajar maut dalam insiden bas di Gerik terima manfaat penyelesaian hutang PTPTN

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
11 Jun 2025 05:26pm

Seramai 13 daripada 15 mangsa kemalangan nahas bas di Gerik baru-baru ini dikenal pasti sebagai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, 13 mangsa yang telah terkorban berkenaan mendapat manfaat penyelesaian keseluruhan hutang pinjaman masing-masing melalui Skim Perlindungan Takaful Berkelompok.

“Selain itu, kesemua 13 waris ini juga akan menerima khairat kematian berjumlah RM1,500 bagi setiap pelajar,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu.

Sebelum ini, seramai 15 pelajar UPSI termasuk 10 perempuan maut selepas bas yang dinaiki terlibat nahas dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat Jeli-Gerik pukul 12.45 tengah malam Ahad.

Kejadian berlaku ketika bas persiaran yang disewa khas itu dalam perjalanan dari Jertih menghala ke universiti tersebut di Tanjung Malim.

Dalam kejadian terbabit, empat sekeluarga yang menaiki Perodua Alza turut cedera dan menerima rawatan di Hospital Baling.

Bukan itu sahaja, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil turut memaklumkan bahawa tidak timbul sebarang isu berkaitan bayaran balik pinjaman PTPTN melibatkan kesemua mangsa kerana ia telah dilupuskan sepenuhnya.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerima pelbagai pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada pihak berkaitan bagi mengelakkan tragedi seperti kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar UPSI itu berulang.

Artikel Berkaitan:

Zambry berkata, antara syor yang diterima termasuklah cadangan supaya perjalanan melibatkan pelajar universiti diadakan hanya pada waktu siang.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp