Pelajar Tingkatan Empat akan mengikuti latihan Fasa 1, manakala pelajar lepasan SPM akan diberi latihan Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah.
Pelajar Tingkatan Empat akan mengikuti latihan Fasa 1, manakala pelajar lepasan SPM akan diberi latihan Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah.

Pelaksanaan semula PLKN dibuat 2 fasa, libat Tingkatan 4 dan lepasan SPM

Membabitkan pelajar Tingkatan Empat dan lepasan SPM

MUKHRIZ MAT HUSIN
01 Nov 2023 10:30am
A
A
A

Kerajaan akan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada tahun 2018, menerusi dua fasa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Fasa 1 membabitkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membabitkan kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap.

Beliau berkata, bagaimanapun pelajar Tingkatan Lima akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada.

Menurutnya, pengecualian Fasa 1 buat pelajar Tingkatan Lima adalah untuk memberi laluan kepada mereka membuat persediaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Jawatankuasa dilantik memberi pandangan kepada kementerian yang memohon supaya ia diubah suai hingga ke satu tahap kepentingan penyertaan daripada peringkat sekolah lagi dan bukan saja fasa selepas sekolah.

“PLKN Fasa 1 membabitkan penglibatan di fasa sekolah, manakala PLKN Fasa 2 selepas fasa sekolah iaitu pascapeperiksaan SPM.

“Selepas pembabitan belia dalam PLKN, mereka akan disambut agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran daripada program ini,” katanya.

Mohamad ketika sesi penggulungan ketika sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Selasa.
Mohamad ketika sesi penggulungan ketika sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Selasa.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web rasmi Parlimen pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Jelas Mohamad, tempoh pelaksanaan PLKN Fasa 2 bagaimanapun tidak mengambil masa lama seperti sebelum ini iaitu 45 hari.

“Sebanyak 90 peratus daripada kandungan latihan Fasa 2 berkaitan ketenteraan bertujuan membina jati diri belia yang kuat dan bertenaga.

“Baki 10 peratus adalah berkaitan tatanegara. Selepas itu, agensi seperti bomba, polis dan pertahanan awam dapat melihat produk modal insan ini sebagai penyediaan kepada guna tenaga belia yang terlatih,” ujarnya.

Kata Mohamad, kerajaan akan memanfaatkan 13 kem tentera wataniah di seluruh negara untuk pelaksanaan PLKN termasuk sebuah kem Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

“Tenaga pelatih terdiri daripada anggota tentera yang dapat menjimatkan kos keseluruhan. Sebelum ini, kos asal sekitar RM500 juta setahun.

“Manakala kos baharu berdasarkan kertas kerja jawatankuasa, tidak melebihi RM100 juta setahun.

“Hasil PLKN ini, ia melahirkan belia berkualiti, berdisiplin, cintakan negara dan tersedia untuk memikul tanggungjawab dalam masyarakat,” jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok