No Image Caption

Pemansuhan UPSR dilihat tergesa-gesa

23 Aug 2023 02:52pm



Pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2021 dan digantikan dengan modul pembelajaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dilihat satu langkah tergesa-gesa kerana negara masih belum bersedia.

Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, PBD sangat bergantung kepada penilaian guru dan boleh menyebabkan ketidaktelusan dalam pemberian markah.

No Image Caption



“UPSR satu ujian berpusat standard untuk kita mengetahui berapa orang yang masih belum boleh menguasai 3M iaitu membaca, mengira dan menulis supaya dapat intervensi.

“Memansuhkan UPSR dan menggantikan dengan PBD tidak akan selesaikan isu keciciran sebab ada banyak ruang-ruang tidak terisi kerana konsepnya berlainan dalam pentaksiran,” katanya semasa menjadi tetamu wacana bertajuk ‘Selepas 66 tahun, ke mana arah tuju pendidikan kita?’ anjuran badan bukan kerajaan (NGO), Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) di platform YouTube pada Rabu.

Jelas beliau, sekiranya masalah keciciran tidak dapat diselesaikan, pelajar sekolah rendah yang melangkah ke peringkat menengah akan kekal menghadapi isu 3M dalam pendidikan.

“Tanpa menguasai 3M di sekolah rendah, apabila anak itu naik ke sekolah menengah dia tidak akan jadi seorang yang baik dan sempurna (keciciran).

“Badan-badan dunia menetapkan piawaian kanak-kanak mesti menguasai 3M sebelum umur 10 tahun, kalau selepas 10 tahun masih belum menguasai kemahiran tersebut bermaksud sistem pendidikan negara itu tidak begitu baik,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp