Dr Geshina Ayu (kanan) ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Siri 441 yang bertajuk ‘Raksasa’ dalam rumah yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf.
Dr Geshina Ayu (kanan) ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Siri 441 yang bertajuk ‘Raksasa’ dalam rumah yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf.

Penerangan pendidikan seksual kepada kanak-kanak perlu diberi berkala

24 May 2024 11:01am
A
A
A

Pendidikan seksual seperti pengetahuan mengenai sentuhan selamat dan tidak, perlu diberikan penerangan secara berkala kepada golongan kanak-kanak.

Pensyarah Kanan Program Sains Forensik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Geshina Ayu Mat Saat berkata, ini kerana pendidikan sangat penting dalam memastikan golongan itu mengetahui setiap batasan sentuhan.

"Maklumat dan ilmu ini lebih baik disampaikan secara kerap dan janganlah pula beritahu hanya ketika kanak-kanak itu mahu masuk sekolah, cakap sekali mana nak ingat. Bukan sahaja kanak-kanak bapa pun kena diperingatkan tingkah laku sebegitu tidak senonoh.

"Isu berbangkit berkaitan pendidikan, paling utama adalah komunikasi termasuk tidak tahu perkataan yang perlu digunakan. Kadang-kadang ibu menggunakan bahasa kiasan menyebabkan kanak-kanak tidak faham apabila berlaku perkara tidak diingini, mereka sukar untuk cerita, tiada ayat sesuai malah malu berkongsi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Siri 441 yang bertajuk ‘Raksasa’ dalam rumah yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa.

Program itu dihoskan Ismail Adnan dan turut menampilkan dua panelis lain iaitu Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari dan Pegawai Turus Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintenden Norfidah Muhamad Dan.

Tambah Geshina Ayu, kadang-kadang golongan kanak-kanak tidak mengetahui perbuatan pelaku adalah satu jenayah dan hanya menyifatkan sebagai gurauan.

"Apabila berlaku perbuatan seksual mereka ingat itu cara abang, bapa atau datuk menunjukkan kasih sayang. Sebab itu saya kata penting maklumat dan bagaimana ia disampaikan kepada kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:

"Sememangnya berlaku insiden sentuh bahagian sulit, ada kes perlakuan dilakukan secara terang dan tersembunyi," ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok