HomeBuletinPeranti Pakej PerantiSiswa perlu diserahkan semula selepas tamat pengajian

Artikel Berkaitan

Peranti Pakej PerantiSiswa perlu diserahkan semula selepas tamat pengajian

Pemohon yang bakal menerima peranti daripada Pakej PerantiSiwa perlu memulangkan semula peranti kepada pusat pengajian setelah tamat pengajian.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, peranti ini boleh diguna pakai selama mana pelajar berada di pusat-pusat pengajian dan boleh menyerahkannya setelah tamat belajar kelak.

“Konsep ini adalah konsep kebolehgunaan peranti percuma selama tempoh mereka menjadi pelajar.

Baca juga

ePemula: Pendaftaran e-tunai RM150 bagi belia 18-20, pelajar IPT sepenuh masa dibuka mulai hari ini

Permohonan PerantiSiswa untuk pelajar yang layak akan bermula pada pertengahan bulan April

“Ia tidak boleh pindah milik, dijual atau dihilangkan kerana selagi mereka masih belajar peranti itu akan dikira masih berdaftar sebagai milik kerajaan,” katanya.

Annuar turut mengumumkan bahawa permohonan akan dibuka pada 15 April ini yang bakal memanfaatkan seramai 400,000 pelajar seluruh negara di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Mahasiswa boleh memulakan proses membuat permohonan untuk mendapatkan peranti, yang akan disampaikan di tempat mereka belajar. Sekiranya berada di rumah, mereka boleh membuat permohonan secara dalam talian.

“Bagi pelajar yang mengikuti pengajian jarak jauh (PJJ) yang tidak hadir ke kampus, mereka juga boleh memohon tetapi perlu berdaftar dengan universiti dan mempunyai nombor matrik,” jelasnya.

Selain itu, beliau menegaskan peranti Pakej PerantiSisiwa yang akan diterima oleh pemohon adalah di antara yang terbaik dalam pasaran.

“Peranti ini bukan kualiti rendah dan diambil daripada jenama yang ada dalam pasaran. Ia juga didatangkan dengan jaminan (waranti) termasuk jika berlaku kerosakan, mereka boleh mengembalikan untuk diganti baharu,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Mengulas lanjut, Annuar Musa berkata peranti tersebut dijangka akan diserahkan kepada pelajar pada minggu kedua Jun.

“Peranti tersebut akan diagihkan dalam dua sesi iaitu sesi pertama melibatkan kira-kira 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima dan diutamakan kepada semua pemohon yang mempunyai data-data lengkap,” tambahnya.

Artikel Terkini