WhatsApp Image 2022-04-11 at 9.58.22 AM
WhatsApp Image 2022-04-11 at 9.58.22 AM

ePemula: Pendaftaran e-tunai RM150 bagi belia 18-20, pelajar IPT sepenuh masa dibuka mulai hari ini

Adlan Farhan Azwan
11 Apr 2022 10:10am
A
A
A

PUTRAJAYA - Golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang layak, boleh mendaftar untuk menerima RM150 dalam bentuk kredit e-tunai di bawah program ePemula, mulai hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) baru-baru ini, golongan ini boleh mula mendaftar untuk menerima RM150 dalam bentuk kredit e-tunai dengan salah satu daripada empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet.

Baca juga

Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal negeri Perak kepada pelajar sekolah menengah sudah dibuka!

Permohonan PerantiSiswa untuk pelajar yang layak akan bermula pada pertengahan bulan April

"Selain RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet juga akan memberi insentif tambahan dalam bentuk cashback, baucar, mata terkumpul atau coins sepanjang tempoh program ini,” katanya.

Program ini ePemula ini juga akan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 15 April ini.

Mengulas lanjut, Program ePemula terbuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada 2022 (lahir pada 2002 hingga 2004) atau pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM4) dan ke atas di IPT tempatan yang berdaftar, selain data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkenaan.

“Tempoh pendaftaran dan tuntutan ePemula ini akan bermula pada hari ini sehingga 1 Jun 2022, manakala kredit ePemula serta manfaat padanan dari penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Untuk maklumat lanjut mengenai ePemula serta inisiatif lain yang memanfaatkan golongan belia, sila layari https:/budget.mof.gov.my/manfaat/fag/epemula.htm manakala bagi pelbagai manfaat lain khusus untuk belia, sila layari https:/budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat-kewangan.htm,” jelasnya.

Dalam pada itu, turut dimaklumkan bahawa kerajaaan telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta bagi program ini di bawah Belanjawan 2022.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok