Perkasa aktiviti pertanian menerusi pertandingan, hadiah bernilai RM18,000 untuk direbuti
Perkasa aktiviti pertanian menerusi pertandingan, hadiah bernilai RM18,000 untuk direbuti

Perkasa aktiviti pertanian menerusi pertandingan, hadiah bernilai RM18,000 untuk direbuti

Roshlawaty Md Raieh
24 Aug 2022 09:25am
A
A
A

Pertandingan Edu Farming Sekolah dan Urban Farming Masjid 2022 yang diadakan bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Serdang, Selangor baru-baru ini, dilihat sebagai satu platform terbaik dalam menarik minat generasi muda terutama pelajar dan komuniti masjid memperkasakan aktiviti pertanian.

Pelbagai manfaat berkaitan pertanian diperoleh menerusi pelaksanaan pertandingan yang berkonsepkan mampan diri tersebut.

Sewajarnyalah ia diteruskan pada masa akan datang dalam memperkasakan aktiviti berkenaan.

Agrobank iaitu sebuah institusi perbankan Islam turut menyokong penganjuran pertandingan itu.

Atas sokongan berkenaan, Agrobank mengumumkan pembabitan mereka dalam pertandingan seterusnya menyumbang hadiah wang tunai sebanyak RM18,000 untuk Edu Farming Sekolah dan Urban Farming Masjid 2022.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pembabitan Agrobank adalah satu inisiatif bersama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC), Jabatan Pertanian Perak, Jabatan Pendidikan Perak dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

“Inisiatif oleh kerajaan negeri Perak ini pastinya amat selari dengan peranan dan aspirasi Agrobank sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) untuk terus mendukung komuniti Agro yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, bagi mempromosikan konsep pertanian lestari dan pintar, sekali gus menyokong usaha kerajaan dalam menggalakkan pertanian bandar menerusi pemerkasaan ‘Dasar Kebun Komuniti Bandar’.

"Saya yakin dan percaya, inisiatif sebegini pastinya mampu menarik minat golongan muda terutamanya pelajar mahu pun jemaah masjid untuk turut sama terlibat dalam aktiviti pertanian sekali gus mampu menjana ekonomi mikro bagi komuniti setempat di kawasan mereka,” katanya.

Mengulas mengenai sumbangan RM18,000 untuk pertandingan tersebut, beliau berkata, ia bertujuan menarik lebih ramai peserta mendalami dan meminati aktiviti pertanian pintar di bandar mahupun di luar bandar, bukan sahaja di negeri Perak, malah di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.

INFO

  • Penganjuran Pertandingan Edu Farming Sekolah dan Urban Farming Masjid 2022 bertujuan melahirkan pelajar dan individu kreatif serta inovatif dalam menerapkan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle).
  • Ia juga bertujuan untuk memberi galakan kepada mereka yang terlibat untuk memanfaatkan tanah atau ruang sedia ada khususnya bagi aktiviti pertanian.
  • Untuk Pertandingan Edu Farming Sekolah 2022, ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori A (Sekolah Menengah) dan Kategori B (Sekolah Rendah).
  • Sebanyak 16 buah sekolah dari daerah Kinta Utara, Kinta Selatan, Kerian dan Perak Tengah terpilih menyertai dua kategori tersebut.
  • Bagi Pertandingan Urban Farming Masjid 2022, pemilihan masjid akan ditentukan pihak yang terlibat membabitkan empat buah daerah iaitu Kinta Utara, Kinta Selatan, Kerian dan Perak Tengah.

Artikel berkaitan 

Penyelidik cipta dron pelbagai fungsi, inovasi tingkat produktiviti pertanian

Penyelidik UPM hasilkan bekas makanan biodegradasi berasaskan sabut kelapa, optimum sisa pertanian

Ceburi bidang pertanian sebagai alternatif pekerjaan, mahasiswa UPSI kini miliki kebun sawit sendiri 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok