Graduan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat menerusi mySPP.
Graduan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat menerusi mySPP.

Permohonan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 2023 berakhir 21 April ini

ROSHLAWATY MD RAIEH
11 Apr 2023 04:44pm
A
A
A

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa graduan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti pada tarikh tutup hebahan ini bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Permohonan jawatan tersebut terbuka kepada semua graduan pendidikan bagi lantikan tetap dan graduan bukan pendidikan bagi lantikan secara Contract of Service (CoS).

Graduan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) di https://myspp.spp.gov.my/ sebelum atau pada 21 April ini (Jumaat).

Calon yang telah memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP bagi tempoh 1 Januari hingga 6 April TIDAK PERLU membuat pengemaskinian sepanjang tempoh hebahan ini.

Mereka juga TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan selepas daripada tarikh tutup hebahan iaitu bermula 22 April hingga 1 Jun depan.

Sementara itu, para pemohon diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi dan dikemas kini dalam mySPP adalah tepat.

Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

Hanya graduan yang melepasi tapisan dan memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP.

Artikel Berkaitan:

Malah, keputusan panggilan temu duga adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok