Pertandingan eKelas galak pendigitalan pendidikan Bahasa Inggeris 30 pelajar menang peranti pintar
Pertandingan eKelas galak pendigitalan pendidikan Bahasa Inggeris 30 pelajar menang peranti pintar

Pertandingan eKelas galak pendigitalan pendidikan Bahasa Inggeris, 30 pelajar menang peranti pintar

Rasyidah Zulkifi
12 Apr 2022 04:43pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 30 pelajar Tahun Empat hingga Tingkatan Lima di sekolah seluruh negara telah memenangi pertandingan Maxis eKelas HIP (Program Imersif Tinggi) English Storyfest, baru-baru ini.

Pemenang membawa pulang hadiah telefon pintar, tablet, fon kepala dan barangan eksklusif eKelas serta peningkatan penguasaan dalam penggunaan Bahasa Inggeris.

Baca juga

Cabaran generasi era digital

Pencarian #CikguJuaraDigital 2022 dibuka hingga 20 April depan, guru inovatif sertai sekarang!

Menurut Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis, Mariam Bevi Batcha, pertandingan eKelas HIP Storyfest adalah salah satu inisiatif yang mencabar pelajar untuk belajar dengan cara yang menarik dan menyeronokkan.

“Kami amat gembira dengan peningkatan penyertaan pelajar daripada 1,800 penyertaan semasa kami mula-mula melancarkannya pada 2019 kepada lebih daripada 3,500 pada tahun lepas.

“Kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang menunjukkan keinginan untuk belajar dan berkembang.

“Kami akan terus membawa kandungan digital terbaik kepada lebih ramai pelajar melalui program eKelas kami dan membolehkan mereka Terus Menerajui,” katanya.

Pertandingan Maxis eKelas HIP (Program Imersif Tinggi) English Storyfest adalah program yang menggalakkan pelajar sekolah rendah dan menengah bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan mudah.

Inisiatif ini mendedahkan pelajar kepada pengalaman interaktif melalui bimbingan maya pada masa yang sama membantu mereka menyesuaikan diri dengan norma baharu pembelajaran secara dalam talian.

Latar belakang

Pada 2016, HIP telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan mendedahkan mereka kepada pelbagai aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sejak 2019, eKelas di bawah HIP telah diiktiraf oleh KPM. Pelajar yang menyertai pertandingan tersebut boleh mengutip markah kokurikulum peringkat kebangsaan yang akan dimasukkan ke dalam sijil persekolahan mereka.

eKelas ialah program komuniti utama Maxis yang menyediakan akses kepada kandungan pendidikan seperti mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang berkualiti selaras dengan sukatan pelajaran sekolah-sekolah di Malaysia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok