Pelajar SM Tahfiz Darul Ridzuan Tambun belajar kaedah membancuh kopi atau menjadi barista menerusi slot Bersama Barista: Do Your Own Coffee.
Pelajar SM Tahfiz Darul Ridzuan Tambun belajar kaedah membancuh kopi atau menjadi barista menerusi slot Bersama Barista: Do Your Own Coffee.

Pertukaran skil antara pelajar tahfiz, kolej komuniti lahir pelajar lebih berdaya saing

NURBAYA ABDUL REZAKNURBAYA ABDUL REZAK
23 Oct 2024 01:10pm

Gabungan pengetahuan dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan dunia huffaz disifatkan sebagai berjaya menerusi satu program di Perak minggu lalu.

Pegawai Perhubungan Komuniti Parlimen bagi Perdana Menteri, Shamsul Kamar Ani berkata, Program Knowledge Exchange (Huffaz & TVET) yang berlangsung dua hari bermula 19 Oktober lalu membabitkan pelajar Sekolah Menengah (SM) Tahfiz Darul Ridzuan Tambun, Ipoh, Perak membawa kepakaran bidang spiritual dan keagamaan.

Pelajar dari Kolej Komuniti Chenderoh, Kuala Kangsar, Perak pula membekalkan skil TVET bagi perkongsian bersama sepanjang program tersebut.

"Program ini bukan sekadar mengasah kemahiran teknikal pelajar tetapi turut memberi fokus aspek spiritual.

"Huffaz dan TVET juga mewujudkan masyarakat yang bukan sahaja mahir dalam kehidupan duniawi, malah kuat pegangan agama.


Slot Bersama Artis: Seni Kraf yang dibantu pelajar Kolej Komuniti Chenderoh, Kuala Kangsar.
Slot Bersama Artis: Seni Kraf yang dibantu pelajar Kolej Komuniti Chenderoh, Kuala Kangsar.

"Inisiatif menggabungkan ilmu teknikal dengan kerohanian diterapkan dalam program ini mampu melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing di pasaran kerja kelak.

"Pastinya setiap daripada yang hadir ini diterapkan nilai integriti moral yang tinggi,” kata Shamsul selepas perasmian penutupan program itu di SM Tahfiz Darul Ridzuan Tambun pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Shamsul berkata, program itu juga sangat tepat buat pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) kerana ia menggabungkan pengetahuan bidang TVET dengan pengajian al-Quran.

"Ini adalah salah satu kaedah terbaik bagi melahirkan graduan berkemahiran TVET yang relevan dengan keperluan industri, sekali gus seimbang dengan sahsiah diri," katanya.

Bakal huffaz mendengar penerangan ketika slot Bersama Jurutera: Pendawaian Elektrik.
Bakal huffaz mendengar penerangan ketika slot Bersama Jurutera: Pendawaian Elektrik.

Untuk rekod, kalendar aktiviti huffaz dan TVET padat dengan pelbagai program seperti Bersama Chef: Penyediaan Makanan Sihat; Bersama Barista: Do Your Own Coffee; Bersama Artis: Seni Kraf; Bersama Jurutera: Pendawaian Elektrik, Bersama Hotelier: Pengurusan Diri dan Dorm; Bersama Atlet: Senam Seni dan Memanah serta Bersama Teacher: Fun English.

Sementara itu, pasukan pelajar dan guru SM Tahfiz Darul Ridzuan Tambun pula berkongsi ilmu keagamaan melalui sesi tahsin surah al-Fatihah, tahsin ibadah, qiamullail serta tazkirah.


Sesi qiamullail dan tazkirah bersama tenaga pengajar SM Tahfiz Darul Ridzuan Tambun.
Sesi qiamullail dan tazkirah bersama tenaga pengajar SM Tahfiz Darul Ridzuan Tambun.



No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp