Anwar sempat meluangkan masa bersama murid SK Kampung Baru.
Anwar sempat meluangkan masa bersama murid SK Kampung Baru.

PM buat lawatan mengejut ke SK Kampung Baru, ‘Saya meninjau sendiri keadaan, suasana hari pertama persekolahan’

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
18 Feb 2025 09:30am

Sempena hari pertama persekolahan bagi sesi baharu 2025/2026, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan mengejut ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Menteri Kewangan itu juga sempat meninjau keadaan dan suasana hari pertama persekolahan serta dedikasi atau kecekalan warga pendidik untuk membentuk generasi baharu.

Dalam kunjungan berkenaan, Anwar sempat melihat persekitaran dan keadaan sekolah yang baik dan selesa untuk anak-anak bangsa.

Tidak hanya itu, beliau sempat mendengar keluhan ibu bapa, guru termasuk murid-murid.

“Kunjungan mengejut dan singkat itu, saya luangkan masa mendengar kerana perihal pendidikan bukan sekadar buku teks dan peperiksaan, tetapi soal membina impian, menerjah peluang serta mencorak harapan.

“Sekolah mesti menjadi tempat yang selamat, selesa dan penuh harapan kerana pendidikan adalah pintu kejayaan.

“Dan di sebalik setiap harapan, ada tanggungjawab kita sebagai pemimpin, guru dan pendidik serta ibu bapa (yang perlu) genggam dan pikul bersama demi kejayaan anak bangsa,” katanya menerusi aplikasi X.

Anwar sempat meluangkan masa bersama murid SK Kampung Baru.
Anwar sempat meluangkan masa bersama murid SK Kampung Baru.

Artikel Berkaitan:

Dalam hantaran sama di media sosial itu, Anwar sempat mengimbau kenangannya ketika berdiri di hadapan mahasiswa di Georgetown University, Washington DC sebelum ini.

Katanya, walaupun sekolah dan universiti mempunyai dua persekitaran yang berbeza, namun semangat untuk mencurah bakti adalah sama.

“Besar peranan seorang guru dan pendidik dalam membimbing bukan sahaja dengan ilmu, tetapi dengan kasih sayang, sikap ihsan yang terdalam, contoh teladan dan hikmah.

“Kepada anak-anak yang memulakan hari pertama persekolahan hari ini, selamat kembali menimba ilmu,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp