Berbanding suasana meriah di rumah dengan pelbagai juadah istimewa, berbuka di asrama biasanya lebih ringkas dan bergantung kepada makanan yang disediakan.
Berbanding suasana meriah di rumah dengan pelbagai juadah istimewa, berbuka di asrama biasanya lebih ringkas dan bergantung kepada makanan yang disediakan.

Puasa di asrama lain penangannya

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
03 Mar 2025 10:55am

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan bagi pelajar yang menyambutnya di maahad tahfiz mahupun asrama sekolah.

Tahukah anda, kehidupan penghuni asrama tidak sama seperti pelajar di rumah yang mempunyai lebih banyak waktu berehat dan bermain gajet sekiranya tiada kelas tambahan.

Sinar Bestaridapatkan beberapa pelajar yang tidak lokek berkongsi pengalaman masing-masing sepanjang menyambut Ramadan di asrama.

1) "Saya meluangkan lebih banyak masa bersama al-Quran dan iktikaf di masjid sepanjang Ramadan bagi melatih diri supaya lebih mendisiplinkan diri, menjaga masa dan lebih khusyuk dalam ibadah. Saya berazam agar berterusan melatih diri bangun seawal 4.30 pagi, membiasakan diri dengan bersedekah di masjid atau surau. Saya juga berharap agar khatam al-Quran sekurang-kurangnya dua kali pada Ramadan kali ini." - Pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat Shah Alam, Mohammad Amin Firdaus Muhamed Makarimi, 15.

Mohammad Amin Firdaus
Mohammad Amin Firdaus

2) "Antara aktiviti cadangan saya untuk Ramadan adalah beriktikaf seharian di masjid sempena bulan mulia yang dilipat gandakan ganjarannya ini. Selain itu, jika diberi kesempatan dan peluang, saya dan rakan-rakan ingin melakukan aktiviti bergotong-royong dan masak makanan berbuka puasa bersama." - Pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat Shah Alam, Muhamad Amar Tuah, 18.

3) "Bukan tidak seronok berbuka bersama keluarga, namun suasana al-Quran yang begitu mendalam menjadikan Ramadan lebih istimewa. Di kelilingi rakan-rakan yang juga menghafal al-Quran memberi motivasi untuk terus mengulang hafazan dan lebih mendekatkan diri dengan kitabullah ini. Kami perlu menjalani qiamullail seawal 4.30 pagi, sahur dan solat Subuh berjemaah." - Pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat Shah Alam, Aufa Syafina Mohd Afzaini, 19.

Aufa Syafina
Aufa Syafina

Artikel Berkaitan:

4) "Selepas memahami bacaan dalam solat, saya lebih fokus dan lebih khusyuk dalam beribadah. Sebelum ini ketika berjemaah, hanya berfikir untuk cepat-cepat habiskan solat tarawih. Kini, saya berharap agar boleh beriktikaf setiap hari dan solat tarawih berjemaah sebanyak 20 rakaat." - Pelajar Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST), Muhammad Sufi Zufayri Azharuddin, 17.

Muhammad Sufi Zufayri
Muhammad Sufi Zufayri

5) "Saya lebih seronok berpuasa di sekolah kerana banyak aktiviti menarik disediakan. Saya ingin bazar Ramadan di peringkat sekolah dilaksanakan. Selain mendapat pengalaman membeli juadah berbuka di bazar, pelajar juga boleh melibatkan diri dengan kemahiran keusahawanan dan menjana pendapatan sampingan untuk membantu ibu bapa bagi persiapan Aidilfitri." - Pelajar Sekolah Rendah Islam Integrasi Puncak Jalil, Siti Nur Widad Al-Rafa Sheikh Mohd Zaki, 9.

Siti Nur Widad Al-Rafa
Siti Nur Widad Al-Rafa

6) "Di rumah sudah semestinya mendapat sokongan dan dorongan ibu bapa untuk menjalani ibadah sama seperti di sekolah, namun gajet menghantui diri sendiri. Sebab itulah, di sekolah kami dijauhkan dengan gajet dan memberi sepenuh perhatian untuk beribadah, tadarus al-Quran serta menghayati Ramadan dengan lebih khusyuk." - Pelajar SAMBEST, Nur Maisarah Hasnurol, 17.

Nur Maisarah
Nur Maisarah

7) "Pengalaman Ramadan di sekolah membantu saya menjadi insan yang lebih baik dalam ibadah dan disiplinkan diri dengan istiqamah memperbaiki diri menjadi lebih baik. Persekitaran sekolah agama yang tegas juga berjaya mendidik saya dan pelajar lain tentang agama serta al-Quran." - Pelajar SAMBEST, Adelia Rifqa Ruhazat, 14.

Adelia Rifqa
Adelia Rifqa

8) "Ramadan di sekolah agama membuatkan saya menjadi lebih menepati masa dan terdorong melakukan solat sunat seperti tahajjud. Sekiranya pihak sekolah ingin menambah aktiviti sepanjang Ramadan, saya harap program tadarus dan sesi menghafal al-Quran dipanjangkan lagi selepas solat Zuhur. Secara tidak langsung, pelajar dapat meningkatkan ilmu bacaan al-Quran." - Pelajar SAMBEST, Muhammad Ashraf Imran Mohd Halim, 14.

Muhammad Ashraf Imran
Muhammad Ashraf Imran



FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp