No Image Caption

Rasmi: SPM 2023 mula 5 Disember 2023 hingga 7 Mac 2024

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK.
24 Aug 2023 02:40pm
A
A
A



Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 secara rasmi akan bermula pada 5 Disember 2023 hingga 7 Mac 2024.

Perkara tersebut disahkan oleh Kementerian Pelajaran (KPM) menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Menurut kementerian tersebut, peperiksaan SPM akan bermula dengan Ujian Amali Sains pada 5 hingga 7 Disember 2023 disusuli Ujian Bertutur Bahasa Melayu (8 hingga 11 Disember 2023).

Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pula bakal berlangsung dari 17 hingga 23 Januari 2024 manakala Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Inggeris pada tarikh 29 Januari 2024.

Artikel Berkaitan:


Dalam pada itu, Ujian Bertulis dijalankan mulai 30 Januari hingga 7 Mac 2024.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok