Kehadiran Energy Stick membimbangkan kerana ia menyerupai tindakan pengambilan dadah melalui hidung atau ‘snorting’.
Kehadiran Energy Stick membimbangkan kerana ia menyerupai tindakan pengambilan dadah melalui hidung atau ‘snorting’.

Segera bendung Energy Stick

ROSHLAWATY MD RAIEH
06 Feb 2024 05:00pm
A
A
A

Energy Stick iaitu produk penyedut hidung semakin popular dalam kalangan pelajar hari ini.

Ia dikatakan sebagai produk memberikan tenaga dan kesegaran kepada pengguna dan dijual secara terbuka serta berleluasa dengan harga serendah RM2.50 hingga RM10 sahaja.

Ibu bapa dan penjaga merupakan individu yang bimbang dengan kehadiran Energy Stick ini kerana menyerupai tindakan pengambilan dadah melalui hidung atau ‘snorting’.

Selain itu, risiko negatif lain seperti merosakkan mukus dalam rongga hidung, alahan, keracunan, mudah tercemar dan menyebabkan jangkitan memberi kerisauan berganda kepada masyarakat.

Menyedari pelbagai impak keburukan dari sudut psikologi dan kesihatan disebabkan Energy Stick, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Selasa tampil memberikan kenyataan.

Kata KPM, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani isu penjualan dan penggunaan penyedut hidung dalam kalangan pelajar

“Kami komited melaksanakan pemantauan di peringkat sekolah bagi membendung isu semakin berleluasa ini.

"KKM telah pun mengambil tindakan. Jadi, kita sokong semua tindakan mereka dan saya meminta ibu bapa dan pihak sekolah mengambil perhatian hal berkenaan,” kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sempena Program Hari Perpaduan Silang Budaya dan Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Menegah Kebangsaan Nilai Impian.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok