Semakan keputusan 2,611 guru lantikan secara one-off bermula hari ini

Adlan Farhan Azwan
15 Jul 2022 02:09pm
A
A
A

Keputusan penempatan bagi 2,611 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 lantikan secara Contract of Service (CoS) boleh disemak mulai hari ini, pada pukul 3 petang.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, penempatan baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan pengambilan khas guru secara ‘one-off’ yang telah dilantik dan ditempatkan di sekolah adalah seramai 16,381 orang.

“Sepertimana yang telah diarahkan, penempatan guru baharu ini telah mengambil kira permohonan pertukaran guru-guru yang memenuhi syarat pertukaran, khususnya kekosongan jawatan dan opsyen mata pelajaran,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook, hari ini.

Semakan penempatan boleh dibuat melalui https://egraduan.moe.gov.my.

Dalam pada itu, Mohd Radzi turut mengucapkan tahniah kepada guru-guru baharu.

“Laksanakan amanah dan berikan khidmat yang terbaik demi pendidikan anak-anak generasi pewaris negara.

“Selamat memulakan tugasan buat guru-guru baharu ini yang akan melapor diri di sekolah masing-masing pada 25 Julai 2022.

“Kami di Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa berikhtiar sehabis baik bagi memastikan perkara berkaitan pertukaran dan penempatan guru dapat dilaksanakan sebaiknya,” jelas beliau.

Artikel berkaitan

"Mak, doakan Pika jadi guru" Graduan UPSI luah kegembiraan, jadi pendidik di bawah pengambilan guru secara one-off

Rezeki terpilih jadi cikgu, Azhari bersemangat nak mula mengajar

5 kunci kejayaan buat guru di Malaysia capai impian


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok