Untitled design
Untitled design

Sinar Bestari umum perancangan ASSSB tahun depan

Roshlawaty Md Raieh
11 Oct 2022 09:37am
A
A
A

Beberapa perancangan sedang dirangka oleh bahagian pendidikan Sinar Harian, Sinar Bestari apabila program mereka iaitu Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB) berakhir dengan jayanya, baru-baru ini.

Antara perancangan yang akan diadakan ialah kempen #GenerasiMahirBerilmu yang merupakan program lawatan ke sekolah-sekolah yang menghantar penyertaan bagi melihat sendiri kehebatan sekolah tersebut.

Pengarang Eksekutif (Gaya Hidup dan Hiburan), Sinar Harian, Meen Tahrin berkata, lawatan itu akan diisi dengan perkongsian pengalaman dan pengetahuan Sinar Bestari dalam bidang kewartawanan.

Pada masa yang sama, para pelajar boleh bertanyakan pelbagai soalan berkaitan kerjaya media yang ingin mereka ketahui.

“Selain melawat dan melihat kehebatan sekolah-sekolah yang telah memenangi ASSSB baru-baru ini, kempen #GenerasiMahirBerilmu juga akan menyelitkan perkongsian ilmu seperti asas mengambil gambar dan video yang menarik, kerjaya seorang wartawan di lapangan serta kursus mengendalikan studio.

“Adalah menjadi harapan kami agar anugerah ini dapat menjadi pemangkin kepada sekolah-sekolah lain untuk turut menjadi yang terbaik berdasarkan ciri-ciri SMART yang diperkenalkan iaitu S, skil; M (mahir); A (atribut); R (relevan) dan T (teknologi),” ujarnya yang juga merupakan Pengarah Program ASSSB.

Selain itu, Meen turut berharap agar sekolah yang memenangi ASSSB lalu dapat berkongsi rahsia kejayaan dengan sekolah-sekolah lain agar mereka juga dapat memberi saingan sengit pada pertandingan akan datang.

Artikel berkaitan 

5 sekolah bertuah diumumkan pemenang ASSSB

Meriah! SK Chopin bawa rombongan sekolah raikan kemenangan dalam ASSSB

Bank Rakyat sedia bekerjasama untuk program ASSSB akan datang


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok