No Image Caption

Tingkat tiga SM Sains Alam Shah musnah terbakar

MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUBMOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB
10 Jun 2025 02:08pm

Keseluruhan tingkat tiga sebuah bangunan Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah, Bandar Tun Razak, dekat sini terbakar sepenuhnya dalam kejadian kebakaran pada Selasa.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 jam 4.15 pagi.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran dengan bantuan daripada BBP Jalan Hang Tuah, BBP Cheras dan BBP Sentul.

"Kebakaran pagi ini melibatkan keseluruhan tingkat tiga bangunan dengan anggaran keluasan 91.44 x 9.144 meter persegi.

"Tingkat tiga di bangunan itu telah musnah 100 peratus," kata kenyataan itu pada Selasa.

Menurutnya, kebakaran pada awal pagi itu berjaya dikawal jam 5.08 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Tambahnya lagi, api berjaya dipadam sepenuhnya jam 6.18 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Forensik Kebakaran JBPM Kuala Lumpur.

Operasi memadam kebakaran itu melibatkan kekuatan seramai 44 orang anggota bersama empat buah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Water Tanker (2 buah), Arial Ladder Platform (1 buah) dan sebuah Emergency Medical Rescue Service (EMRS).

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp