273048277_310342661120849_2051955762302510242_n
273048277_310342661120849_2051955762302510242_n

Ujian Bertutur, Mendengar dan Amali Sains SPM 2021 bermula hari ini

Adlan Farhan Azwan
08 Feb 2022 11:27am
A
A
A

KUALA LUMPUR - Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 mula melaksanakan Ujian Bertutur, Mendengar dan Amali Sains pada hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Lembaga Peperiksaan (LP) semalam, tarikh lain bagi ujian-ujian tersebut adalah seperti yang berikut:

Baca juga Calon SPM pulang Tahun Baru Cina tidak dibenarkan kembali ke asrama

Baca juga Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan SPM 2021, mohon calon hadam info penting ini!

“Terdapat sebanyak 3,382 pusat peperiksaan bagi Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) serta Ujian Amali Sains peperiksaan SPM 2021 disediakan di seluruh negara.

“Seramai 50,514 petugas peperiksaan pula telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan pada tahun ini,” katanya.

LP turut mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod, kertas peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Mengulas lanjut perkara ini, KPM juga mengingatkan supaya calon membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Ikuti juga kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/sinarbestarimy

Instagram: https://www.instagram.com/sinarbestarimy/

Twitter: https://twitter.com/sinarbestarimy

Youtube: https://www.youtube.com/c/SinarBestariMy/

“Calon juga hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan oleh KPM serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ketetapan ini adalah bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak Covid-19,” ujarnya.

Garis panduan tersebut boleh dimuat turun menerusi portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok