Bagi yang berminat, inilah masanya untuk anda mengisi permohonan sebelum tarikh tutup 16 Mei nanti.
Bagi yang berminat, inilah masanya untuk anda mengisi permohonan sebelum tarikh tutup 16 Mei nanti.

Universiti Kasetsart tawar biasiswa, calon-calon diminta isi permohonan sebelum tarikh tutup 16 Mei ini

ROSHLAWATY MD RAIEH
01 May 2023 08:56am
A
A
A

Berita baik kepada calon-calon yang ingin menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran di Thailand.

Baru-baru ini, Universiti Kasetsart kampus Sriracha, Thailand telah menawarkan biasiswa ‘ASEAN +6 Students in Celebration of the 80th Anniversary of Kasetsart University’ kepada calon yang layak bagi sesi akademik 2023.

Tawaran biasiswa itu dilihat sebagai peluang keemasan kepada anda yang ingin menimba pengalaman akademik antarabangsa dan mendalami ilmu dalam bidang yang diminati di universiti luar negara.

Bagi mereka yang berminat dengan biasiswa tersebut, inilah masanya untuk anda mengisi permohonan sebelum tarikh tutup pada 16 Mei nanti.

Jika ada sebarang pertanyaan, calon boleh merujuk pautan https://bit.ly/4095sD2.

Kami di Sinar Bestari mendoakan agar permohonan semua calon negara ini akan diluluskan, insya-ALLAH.

INFO

Universiti Kasetsart yang merupakan universiti kelima terbaik di Thailand menawarkan program pendidikan dalam pelbagai peringkat pengajian kepada calon-calon yang berminat.

Artikel Berkaitan:

Antara program yang ditawarkan adalah Ijazah Sarjana Muda Kewangan, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Industri, Ijazah Sarjana Muda Sains Nautika dan Seni Bina Tentera Laut serta Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Marin.

Universiti Kasetsart turut menawarkan program pengajian peringkat Ijazah Sarjana seperti jurusan Ekonomi Perniagaan, Perniagaan Tani Pentadbiran dan Pembangunan Perindustrian serta Kejuruteraan Elektrik dan Pengurusan Kejuruteraan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok