SM Sung Siew (CF) Sandakan, Sabah menjuarai kategori sekolah menengah dan membawa pulang wang tunai RM5,000
SM Sung Siew (CF) Sandakan, Sabah menjuarai kategori sekolah menengah dan membawa pulang wang tunai RM5,000

Usaha galak pelajar hasilkan video berkualiti, bermanfaat

16 Jan 2024 02:27pm

Pertandingan Video Kreatif Bijak Tenaga TNB-Sinar Bestari menjadi platform untuk menggalakkan pelajar menghasilkan video berkualiti, bermanfaat dan memberi kesan positif kepada masyarakat.

Editor Eksekutif Gaya Hidup Sinar Harian, Meen Tahrin berkata, anak-anak kini terdedah dengan media sosial dan penghasilan video namun kurang pengetahuan mengenainya.

“Sebagai rakan media kita perlu maklumkan kepada pelajar yang mana baik dan buruk. Tidak semua video sesuai untuk dipaparkan kepada umum, ada etikanya.

“Jadi dengan adanya pertandingan sebegini, ia dapat dijadikan contoh kepada pelajar,” katanya.

Tambah Meen, pihaknya sentiasa menyokong kerajaan dalam melahirkan generasi yang celik digital.

“Kami percaya ramai lagi anak-anak mampu menghasilkan video berkualiti dan memberi impak baik kepada masyarakat,” katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp