FFsDQliXsAg8TLM-_2_
FFsDQliXsAg8TLM-_2_

(VIDEO) Insiden pelajar solat di luar bangunan di Oldham, sekolah mohon maaf

Adlan Farhan Azwan
07 Dec 2021 02:01pm
A
A
A

LONDON: Sebuah sekolah di bandar Oldham, England telah membuat permohonan maaf selepas tular video pelajar beragama Islam sedang menunaikan ibadah solat di luar bangunan institusi pendidikan tersebut dalam cuaca yang sejuk.

Video tersebut menunjukkan lapan pelajar lelaki menunaikan solat Jumaat di tepi jalan kerana dikatakan seorang guru telah melarang mereka untuk solat di dalam sekolah sambil dipantau oleh seorang kakitangan institusi pendidikan berkenaan.

[embed]?s=20[/embed]

Insiden itu telah mendapat kecaman dan mengakibatkan kemarahan orang ramai.

Walaubagaimanapun, sekolah di Oldham itu menjelaskan bahawa pelajar tidak dapat menggunakan bilik di dalam sekolah kerana banjir hingga mengakibatkan 15 buah kelas terpaksa ditutup.

Kenyataan dimuat naik di laman Twitter sekolah itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sekolah tersebut yang dimuat di laman Twitter, permohonan maaf secara terbuka telah dibuat dan mengesahkan siasatan sedang dijalankan.

"Awal minggu ini, tular di media sosial mengenai pelajar di The Oldham Academy North yang solat di luar kawasan sekolah.

BACA JUGA: 1,022 sekolah daif di Sarawak akan dinaik taraf – Ismail Sabri

BACA JUGA: Lebih 21,000 pelajar berhenti sekolah, Dr Maszlee luah rasa terkilan

"Oldham Academy North, Oldham Interfaith Forum dan Oldham Council akan menangani kebimbangan yang telah diluahkan oleh ramai pihak.

“Pertama sekali, pihak akademi ingin memohon maaf dengan sepenuh hati.

“Sekolah ini berbangga dengan kepelbagaiannya dan tidak akan menghalang pelajar daripada bersolat mahupun memaksa pelajarnya untuk solat di luar.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

“Kami akan meneruskan perbincangan dengan pihak sekolah mengenai perkara ini untuk menyiasat dengan teliti,” kata kenyataan itu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok