Berita tular mengenai puluhan pelajar di sekolah di Jawa Barat diarahkan menjalani ujian kehamilan selepas cuti sekolah.
Berita tular mengenai puluhan pelajar di sekolah di Jawa Barat diarahkan menjalani ujian kehamilan selepas cuti sekolah.

Video pelajar perempuan jalani ujian air kencing tular! Ini penjelasan pengetua sekolah

ZULHILMI HATZULHILMI HAT
23 Jan 2025 12:20pm

Video pelajar perempuan di sekolah SMA Sulthan Baruna, Cikadu, Kabupaten Cianjur di Jawa Barat diarah menjalani ujian kehamilan di dalam tandas dengan ditemani guru, tular di media sosial baru-baru ini.

Ia berpunca selepas guru di sekolah tersebut yang memuat naik video pelajar masih berpakaian sekolah keluar masuk dari tandas, mencetuskan dakwaan dalam kalangan netizen bahawa segelintir pelajar perempuannya hamil.

"Salah seorang guru kami membuat naik video tersebut di media sosial sehingga keadaan menjadi huru-hara," kata Pengetua SMA Sulthan Baruna, Sarman kepada Kompas.com

Jelasnya, berita tular di media sosial itu sebenarnya tidak tepat.

Menurutnya, ujian air kencing dijalankan pihak sekolah bukan bertujuan untuk kehamilan semata-mata tetapi untuk mengesan penggunaan dadah dalam kalangan pelajar.

"Berita tular tidak tepat, ia memberi gambaran bahawa terdapat pelajar di sekolah kami yang hamil dan oleh itu perlu menjalani ujian kehamilan.

"Malah, ia hanya ujian air kencing, agenda rutin sekolah,” jelasnya yang tidak memperincikan tujuan sebenar ujian tersebut.

Sarman menambah, kes kehamilan seorang pelajarnya pernah berlaku tiga tahun lalu dan ia telah diselesaikan dengan baik.

Artikel Berkaitan:

Justeru, bagi mengelakkan ia terjadi lagi, mereka meneruskan ujian air kencing sebagai langkah pencegahan selain mengawal pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan. - Agensi

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp