Warga maya kritik trend pelajar salahkan guru!
“Henti salahkan cikgu. Hati-hati bila mengeluarkan kenyataan kerana bimbang jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kita dan jangan menunding jari kepada orang lain disebabkan diri sendiri tidak berjaya.”
Itu antara kata-kata yang dilontarkan oleh warga maya dalam satu hantaran video pelajar sekolah yang memuat naik trend bertulis ‘kami bukan pemalas tetapi sikap guru yang membuat kami malas sekolah’.
Kenyataan yang dimuat naik itu bukan sahaja mengguris hati para guru tetapi warga maya juga tidak bersependapat dan menganggap golongan pendidik seharusnya dihormati kerana merekalah yang menyampaikan ilmu bagi mendidik insan.
Meninjau ke ruangan komen, Sinar Bestari sempat memetik kata-kata yang dimuat naik oleh warga maya.
Antaranya,
“Apa nak jadi dengan generasi sekarang ini? Diri sendiri yang malas cikgu yang disalahkan," tulis @CikopiManis.
“Lihat (reflect) diri sendiri dulu sebelum mengeluarkan kata-kata," tulis @notiktokuser.
“Walau macam mana pun benci kita dekat seseorang cikgu tapi dia tetap cikgu yang sampaikan ilmu kepada kita. Tetap perlu dihormati," tulis @halleeruru.
“Yang malas tu masih ada masa untuk berubah. Hidup ini keras banyak cabarannya," tulis @aimanfadhilmotovlog.
Apa-apa pun, Sinar Bestari di sini ingin mengingatkan kepada adik-adik terutamanya yang masih bergelar pelajar sekolah untuk sentiasa berhati-hati dalam melontarkan kata-kata.