Akademi NILAM lahirkan pembaca berkualiti
Akademi NILAM lahirkan pembaca berkualiti

Akademi NILAM lahirkan pembaca berkualiti

Roshlawaty Md Raieh
09 May 2022 01:51pm
A
A
A

Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan satu pengabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di semua sekolah di negara ini.

Ia adalah suatu pendekatan untuk mengalakkan tabiat membaca yang berterusan sehingga mencapai objektif melahirkan ‘avid reader’ (pembaca bersemangat).

Selaras dengan matlamat itu, tiga sekolah, Sekolah Kebangsaan (SK) Kg Baharu, Jerantut, Pahang; SK Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan dan SK Pianggu, Rompin Pahang berkolaboratif menganjurkan Program Akademi NILAM yang bersiaran selama 10 bulan di TV Pusat Sumber Sekolah SK Lukut.

Sebanyak 16 buah sekolah terlibat dalam program tersebut yang terdiri daripada SK Lukut; SK Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah; SJKT Gemas, Negeri Sembilan; SK Permatang Tok Dik, Padang Serai, Kedah; SK Pantai WP Labuan; SK Ganchong Pekan, Pahang; SK Kampong Ladang, Gemas, Negeri Sembilan dan SK Putrajaya Presint 9 (2).

Turut serta SK Guar Lobak, Padang Serai, Kedah; SJKT Batu Caves, Selangor; SK King George V Seremban, Negeri Sembilan; SK Sungai Kelamah (RKTP) Gemas, Negeri Sembilan; SK Gedok, Gemencheh, Negeri Sembilan; Sekolah Kurang Murid; SK Kg Baharu dan SK Pianggu.

Menerusi Akademi NILAM ini, murid-murid diberi peluang menyertai aktiviti pengayaan selepas pembacaan seperti Teater Pembaca, Forum Buku, Resensi Buku, Bercerita, Pembentangan Kajian dan Penyelidikan, Membina Bahan dari Pembacaan dan Membina Peta Pemikiran.

Selain memupuk tabiat membaca secara berterusan, objektif akademi ini juga membantu melahirkan murid-murid menjadi pembaca yang berjaya, memahami apa yang dibaca dan mempunyai keyakinan diri hingga menjadikan mereka murid yang efektif.

Baca juga

6 kemahiran yang perlu dimiliki seorang arkitek

Eleena, arkitek terbaik Malaysia

Sementara itu, Modul Akademi NILAM telah digubal oleh jurulatih NILAM peringkat Kebangsaan yang juga Ikon Guru Perpustakaan dan Media Kebangsaan 2019, Cikgu Norafizah Abdul Razak.

Menurut beliau, terdapat empat buah sekolah telah mempamerkan persembahan terbaik menerusi program berkenaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sekolah tersebut ialah SJKT Gemas yang diwakili oleh Yohaand a/l Ramachandran (aktiviti membina peta pemikiran), SK Pianggu (Adam Shafiq Ahmad menerusi aktiviti Resensi Buku), SK Pinang Tunggal dan SK Lukut menerusi kumpulan Teater Pembaca.

“Adalah diharapkan usaha ini dapat memantapkan pembacaan sebagai aktiviti berbahasa yang sangat penting dalam membentuk pengaliran ilmu daripada bahan yang dibaca,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok