Seramai 190000 penerima bakal mendapat diskaun pembelian buku sebanyak RM10 setiap seorang melalui program penebusan Baucar Buku Semarak Membaca bbsm 2022 yang dilancarkan, baru-baru ini.
Seramai 190000 penerima bakal mendapat diskaun pembelian buku sebanyak RM10 setiap seorang melalui program penebusan Baucar Buku Semarak Membaca bbsm 2022 yang dilancarkan, baru-baru ini.

190,000 baucar diskaun buku RM10 diagihkan, mohon sebelum 31 Ogos depan

Rasyidah Zulkifi
05 Apr 2022 09:47am
A
A
A

Seramai 190,000 penerima bakal mendapat diskaun pembelian buku sebanyak RM10 setiap seorang melalui program penebusan Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM) 2022 yang dilancarkan, baru-baru ini.

Inisiatif BBSM 2022 adalah anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa).

Baca juga

Cabaran Pereka Cipta Muda, geran inovasi bernilai RM60,000 untuk dimenangi

Mabopa, MBA wujud portal ‘Kedai buku Shopee,’ tangani isu buku teks

Insentif tersebut bertujuan membudayakan amalan membaca dalam Keluarga Malaysia, meringankan beban rakyat dalam pembelian bahan ilmiah dan merancakkan semula industri perbukuan negara.

Sekiranya mendapat insentif berkenaan, pembelian minimum RM20 ke atas sahaja layak menebus baucar tersebut ke dalam satu resit transaksi.

Penerima juga akan didaftarkan secara automatik sebagai ahli u-Pustaka yang berpeluang mengakses buku digital percuma tanpa batasan waktu.

Penebusan baucar boleh dibuat di 371 kedai buku terpilih secara dalam talian dan menerusi Shopee mulai 1 April hingga 31 Ogos 2022.

Kedai buku tersebut termasuk satu secara dalam talian E-Sentral Ebook Portal, 170 fizikal dan 200 e-dagang.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Semak senarai kedai buku terpilih bagi penebusan baucar boleh didapati di laman sesawang www.semarakmembaca.com.

Difahamkan, program BBSM telah dijalankan julung kalinya pada 21 Oktober hingga 30 November lalu.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok