gambar hiasan tabika kemas
gambar hiasan tabika kemas

"Cikgu, kami nak tengok video" - Luah murid pedalaman buat cikgu tambah semangat

Rasyidah Zulkifi
22 Sep 2022 02:53pm
A
A
A

Murid-murid pedalaman sering dikaitkan dengan masalah keciciran pelajaran disebabkan taraf hidup rendah. Kebanyakan mereka datangnya daripada keluarga kurang berkemampuan yang tidak mempunyai bahan pendidikan yang lengkap seperti buku latihan tambahan.

Pun begitu, tenaga pendidik tidak pernah patah semangat untuk membimbing kerana itu adalah tanggungjawab yang perlu dilunaskan.

Seperti guru Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Rumah Gangga Bruan Besar, Sarawak, Shahida Marishmsudin, 33, yang mendedahkan kebaikan melayari internet dan media sosial kepada murid-murid.

Namun malangnya, kawasan Cikgu Shahida mengajar tidak mempunyai rangkaian internet. Oleh itu, dia perlu membawa anak muridnya ke kawasan lain.

Hasrat ‘Cikgu, kami nak tengok video’ pernah disuarakan oleh muridnya, justeru lawatan di luar kawasan Tabika yang terdapat liputan internet dilakukan sebagai langkah memperkenalkan mereka kepada dunia alam maya.

Jelasnya, berlainan dengan situasi di kawasan yang stabil rangkaian internet, Shahida tidak dapat menggunakan medium seperti Whatsapp dan Telegram untuk berinteraksi atau menyalurkan maklumat kepada ibu bapa.

“Sekiranya ada perubahan di saat-saat akhir untuk sesi pembelajaran keesokan harinya, saya akan datang ke rumah panjang seawal 6.30 pagi dan mengetuk setiap pintu rumah murid-murid untuk menyampaikan sebarang informasi.

“Begitu juga ketika Perintah Kawalan Pergerakan dahulu di mana saya terangkan satu per satu kepada setiap ibu bapa mereka mengenai latihan atau aktiviti yang anak mereka perlu siapkan di rumah.

“Meskipun tiada rangkaian internet, namun apabila melihat murid-murid dapat memahami apa yang saya ajar menerusi gambar dan video, itu satu kepuasan buat saya seperti usaha saya berbaloi dan membuahkan hasil,” katanya yang berpuas hati melihat keadaan Tabika Kemas di situ yang sudah tidak lagi daif selepas tujuh tahun mereka menjalani PdP di ruang yang sempit dan tanpa bekalan api serta air.

Sementara itu, Tuai Rumah Gangga Bruan Besar, Entoi Sat, 63, berharap agar projek menara telekomunikasi oleh Sarawak Digital Economy Corporation Berhad yang dijangka dibangunkan tahun ini, dapat memberi liputan internet kepada masyarakat di situ.

Ujarnya, kampung berkenaan mempunyai seramai 180 orang dengan majoriti penduduk bekerja sebagai nelayan, peladang kelapa sawit dan petani padi huma.

Artikel berkaitan 

“Cikgu, saya dah lama teringin nak makan McDonalds, tapi ayah kata mahal”

“Cikgu, sedapnya kalau dapat makan ini, dah lama saya teringin”

“Cikgu, anak saya demam tapi tak cukup duit nak hantar ke klinik”, guru kongsi kisah pengorbanan ibu bapa membesarkan anak


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok