image
image

“Ini sumbangan sahabat dan pengikut Facebook saya. Cikgu ambillah, buat langsaikan yuran murid”

Roshlawaty Md Raieh
09 Jun 2021 09:44pm
A
A
A

“Banyak mana lagi budak yang belum bayar bayaran khas sekolah?”

“Kelas saya ada lapan orang, kelas aku ada dua orang, kelas akak ada empat orang lagi Chey yang belum bayar.”

Mendengarkan itu, Cikgu Nor Faisal Ishak terus menghulurkan beberapa keping wang kertas hasil sumbangan ramai.

"Duit ini adalah sumbangan sahabat dan pengikut Facebook saya. Dengan pemberian mereka ini, dapatlah menyelesaikan bayaran khas murid-murid," kata Cikgu Nor Faisal atau dikenali sebagai Cikgu Pe Chey kepada Sinar Bestari.

Sebelum itu, Cikgu Pe Chey ada memuat naik hantaran berkenaan bayaran khas sekolah menerusi akaun Facebook.

Justeru, wartawan Sinar Bestari menghubungi beliau untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

Guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Unjur, Klang, Selangor itu memberitahu, kisah berkenaan adalah kenangan lalu yang masih segar dalam ingatan.

"Ia berlaku dua tahun yang lalu. Saya kongsikan semula untuk kita jadikan pedoman," ujarnya.

*****

Hujan lebat kat sekolah. Aku baru mengalas perut kat kantin. Kelaparan. Sesampainya je tadi, aku jumpa kawan-kawan kat bilik guru. Suasana tengah meriah.

Aku jumpa geng-geng guru kelas Tahun 2.

“Banyak mana lagi budak yang belum bayar bayaran khas sekolah?”

“Kelas saya ada lapan orang, kelas aku ada dua orang, kelas akak ada empat orang lagi Chey yang belum bayar.”

Aku tanyakan jumlah bayaran sumbangan budak yang belum dijelaskan. Masing-masing beritahu jumlah masing-masing. Aku hulurkan not-not ringgit berwarna-warni.

Not RM sumbangan sahabat, follower yang budiman lagi tinggi budi pekerti.

Tadi, sebelum masuk sekolah, aku singgah di Petronas dekat dengan sekolah. Aku keluarkan duit kiriman temanku. Semalam ada sedikit kiriman aku dapat lagi. Syukur ya amat.

Aku kira-kira, memang lepaslah untuk melangsaikan bayaran murid kelas Tahun 2 yang masih tertunggak. Alhamdulillah, terima kasih pada yang mengirim. Semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki mereka-mereka ini...

Tak larat sangat aku hari ini.

Banyak sangat benda nak kena selesaikan. Buku RPH pun belum siap. Otak aku berputar memikirkan bermacam benda yang aku plan nak buat. Naluri tu nak tapi kederat tak pasti lagi mampu ke tak.

Hujan pun turun lebatnya. Selebat hujan di dalam hati mengenangkan keluhuran hati mereka - mereka yang pemurah. Tak berkira dan memang mulia. Semoga tuhan pelihara kehidupan mereka ini.

Aku duduk di meja menahan rasa. Rasa yang susah nak aku ceritakan. Aku rasa hiba tapi gembira. Gembira menyaksikan sebuah senyuman nan indah yang terukir di bibir.

Kisah begini memang tiap tahun aku lalui.

Sumber: Facebook Pe Chey

Artikel berkaitan 

Inilah wira tak didendang, berjiwa rakyat, berhati luhur dan suka memberi

Cikgu Farazi, kalau saya sakit atau berlaku apa-apa, cikgu mesti datang melawat tau, janji

Cara Cikgu Nor Amin tangani stres, sangat berbaloi jika guru-guru dapat tiru apa yang beliau buat!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok