HomeGen AlphaInilah KisahkuIndonesia: Guru sekolah penting miliki ikhtisas perguruan, ambil iktibar dari kisah ini

Indonesia: Guru sekolah penting miliki ikhtisas perguruan, ambil iktibar dari kisah ini

Ikhtisas perguruan amat penting untuk dimiliki bagi setiap guru sekolah supaya mendapat kebenaran mengajar murid-murid secara sah.

Tanpa pentauliahan itu, maka sukar bagi seseorang untuk memenuhi syarat sebagai seorang guru.

Sekiranya diberi peluang sekalipun untuk mengajar mungkin akan menimbulkan masalah di kemudian hari.

Isu ini telah pun berlaku di Solo, Indonesia apabila bekas guru yang berlatarbelakangkan pendidikan agama atau setaraf tidak layak menerima wang pencen walaupun telah berkhidmat selama 35 tahun.

Difahamkan, Suwarti, 61, tidak memenuhi syarat penerimaan dana persaraan dan tempoh perkhidmatannya berkurang sebanyak tiga bulan dari tempoh sebenar.

Lebih malang, dia juga diarahkan untuk memulangkan duit dua tahun gaji berjumlah RM48,600 yang diterima sedangkan masih berkhidmat pada masa itu.

Suwarti yang berasal dari Kampung Belimbing, Sambirejo sudah bersara dari kerjaya guru sejak Julai tahun lalu, namun masih belum menerima sijil persaraaan rasmi.

Tidak berpuas hati dengan nasib yang diterima, Suwarti mengajukan masalah yang dihadapinya kepada Agensi Pembangunan Sumber Manusia.

Bagaimanapun, usaha tersebut tidak menemukan jalan penyelesaian apabila laporan data menunjukkan wanita itu merupakan pendidik dan bukan seorang guru. 

“Mereka kata sebab saya tidak layak bersara kerana memasuki profesion pendidikan dan dikatakan bukan sebagai guru.

“Ini kerana saya mempunyai sijil pendidikan, tetapi tidak mempunyai sijil diploma dan ijazah berkaitan perguruan,” katanya seperti dilaporkan Kompas.com.

Semoga lebih ramai lagi calon guru menitikberatkan kepentingan memiliki ikhtisas perguruan ini!

Artikel berkaitan

Cikgu Han Jian bangga jadi guru, anggap profesion perguruan kerjaya mulia 

Guru Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam tidak cukup – Mohd Radzi

Guru interim berjaya temu duga SPP bakal dapat lantikan secara tetap

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok