HomeGen AlphaKe sekolah dengan pakaian lusuh, kotor; Ruslan tetap bersemangat

Ke sekolah dengan pakaian lusuh, kotor; Ruslan tetap bersemangat

Seorang murid lelaki bernama Ruslan hadir ke sekolah dengan mengenakan pakaian seragam lusuh dan kotor.

Difahamkan sejak ibu bapanya meninggal dunia, murid sekolah rendah berusia 12 tahun yang berasal dari Gowa, Indonesia itu diasuh oleh datuk dan neneknya.

Meskipun penjaganya sudah tua, mereka membanting tulang mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan mereka sekeluarga.

Baca juga

Kemiskinan haid: Guru, ibu bapa dan masyarakat digesa fahami keperluan asas anak

5,000 pelajar asnaf dapat tablet percuma, RM9.3 juta dana MAIWP

Ini kerana, mereka bertanggungjawab untuk menampung yuran Ruslan yang bersekolah di sekolah swasta, Sekolah Dasar (SD) IT Tangngaparang.

“Kadang-kadang saya menangis apabila cucu saya bertanya tentang ibu bapanya.

“Lebih-lebih lagi ketika ini dia sangat bersemangat belajar demi mencapai cita-citanya,” kata neneknya ketika ditemu bual Aksi Cepat Tanggap.

Ruslan tinggal bersama datuk dan neneknya sejak kematian ibu bapanya.

Disebabkan Ruslan sedar pendapatan datuk dan nenek Ruslan tidak menentu, murid tersebut terdorong untuk lebih optimis dalam mencapai impiannya.

Malah, murid lelaki berkenaan juga tidak pernah putus asa menimba ilmu walaupun terpaksa berulang-alik sekolah setiap hari.

Paling menyedihkan, Ruslan terpaksa diasingkan daripada rakan sebaya di sekolah kerana keluarganya menghadapi kekangan kewangan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Melalui kisah ini, pengajaran yang boleh kita semua pelajari adalah walau bagaimana latar belakang keluarga kita, hanya ilmu sahajalah yang akan dapat mengubahnya. Jadi, jangan putus asa dan teruslah berusaha seperti Ruslan.